Import dari Seremban




Terima kasih di atas kesudian mak, Hafiz dan Arif kerana sama-sama beraya dengan kami sekeluarga di sini. Tahun depan kita raya di Seremban plak. Jangan serik datang lagi..

Sirih Junjung Pengikat Janji

 
Posted by Picasa

Raya..Raya..Raya n Raya Lagi..

 
Posted by Picasa

Di Ambang Syawal

 
Posted by Picasa

Kad Penganti Diri



Nampaknya di opis-opis telah mula dengan suasana hari raya. Antara kemestiannya ialah dengan menggantung kad hari raya. Ha, sekarang kan dah ada kad raya elektronik? Apakata, ceriakan insan tersayang di Aidilfitri ini dengan kad ucapan hari raya secara elektronik, sama ada menggunakan e-card (eletronic greeting card) ataupun menerusi kad raya SMS (kirimkan wallpaper, picture message dan banyak lagi melalui handphone). Banyak laman web yang menyediakan peluang untuk anda bagi menyampaikannya ucapan Hari Raya anda kepada rakan taulan dan sanak saudara. Setiap tahun ada laman terbaru yang menyediakan perkhidmatan kad raya percuma ini. Semoga dengan adanya kad Kad Raya Elektronik ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim jauh dan dekat dan supaya mereka yang tersayang terus mengingati anda.

Sampaikan salam aidilfitri kepada mereka yang tercinta, tersayang, dirindui dan diingat selalu.

Kepada anda semua yang ingin pulang bertemu keluarga dan sanak saudara, semoga anda semua selamat kembali ke kampung halaman. Berhati-hati di jalan raya kalau nak merasa kuih raya di Hari Lebaran nanti!

Salam Lebaran saya hulurkan buat keluarga saya di kampung, Negeri Sembilan terutama buat emak, adik ku hafiz, saudara mara di Ampangan, Angah di Senawang. Nenek di Port Dickson serta keluarga yang jauh dan dekat. Tidak ketinggalan juga buat keluarga mertua di Baling serta saudara-mara yang lain. Tidak dilupakan juga buat ayah dan ibu serta adik-adikku Uda, Sarah, Muaz serta Mazmin di Taman Kenari, Kulim. Yang diingati juga buat kawan-kawan yang mengenali diri ini.

Yang paling teristimewa buat suamiku yang tercinta, Abdul Fattah bin Mat Isa. Anak-anakku tersayang, Puteri Nur Athirah, Puteri Nur Athiqah dan Putera Muhammad Firdaus.

Ulang tahun Perkahwinan ke-10



Pejam celik, pejam celik genaplah sudah 10 tahun usia perkahwinan kita (19/09/2009). Terasa baru semalam kita berdua diijab kabulkan. Majlis gilang-gemilang meraikan kita berdua masih melekat diingatan. Saat dikau menyarungkan cincin di jari ini menjadikan aku semakin yakin bahawa kaulah yang terbaik daripada yang baik. Kita nikmati hari-hari bersama penuh dengan ranjau dan duri. Adakala suka dan adakalanya duka. Kita tempuhinya dengan sabar dan senantisa memanjatkan doa agar perhubungan kita akan kekal ke akhir hayat. Seringkali ku nyanyikan lagu dari Nike Ardila-Aku tak akan bersuara pada mu "...Aku tak akan bersuara walau dirimu kekurangan. hanya setiamu itu kuharapkan.Aku tak akan menduakan walau kilauan mengoda. Kasih dan sayangku tetap utuh untukmu. hanya ku pinta darimu setialah selamanya sehingga abadi cinta ini sayang itu ku doakan...". Sememangnya itulah yang kuharapkan darimu ... suamiku.



Dalam menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri, kita dikurniakan pula dengan putera dan puteri yang comel. Alangkah bahagianya kehidupan kita berdua di dunia ini. Puteri Nur Athirah, Puteri Nur Athiqah dan Putera Muhammad Firdaus adalah cahaya mata kita. Mereka bertigalah pengikat kasih diantara kita.
Dikesempatan ini inginku mohon darimu sayang.. jangan kau lukakan hati ini walau dengan apa cara sekalipun. Sesungguhnya aku insan lemah, yang tidak ada upaya dan daya untuk menempuhnya seorang diri. Dikaulah kasihku dan dikau jugalah sayangku sehingga akhir hayat ini. Insyaalah

BERSYUKURKAH KITA???

“Aku tak suka bibirku..kurang seksi!!. Aku ingin bibirku tampak seksi..”


Di saat yang sama seseorang berharap..

“Tuhan, berikan aku bibir yang normal..”



“Aku ingin mataku berwarna biru.. akan lebih cantik bila aku punya mata berwarna biru..”



Disaat yang sama seseorang berharap

“Tuhan, kenapa kau tidak berikan aku sepasang mata untuk melihat..“



“Aku oleskan pewarna dan kurawat jari-jariku agar selalu tampil cantik..“



jariku imut

Di saat yang sama seseorang bersyukur..

“Tuhan, kau hanya berikan aku 4 jari, namun aku mensyukurinya..”



“Aku akan ke salon, creambath dan hairspa agar rambutku tampil cantik..”



Di saat yang sama seseorang menangis..

“Tuhan, kenapa aku diberikan kepala dengan ukuran yang berbeza…. Kalau seperti ini, rambut seperti ini akan nampak aneh..”



“Aku mau memutihkan tangan dan kakiku agar tampil lebih cantik seperti artis..”



Di saat yang sama seseorang bersyukur..

“Tuhan, kau tak memberi aku tangan dan kaki.. namun aku bahagia aku masih boleh berkarya..”



Sesungguhnya tubuh kita adalah hal yang berharga..

Tak peduli apapun warnanya , apapun ukurannya , apapun bentuknya..

Syukurilah itu kawanku.. kerana diluar sana masih banyak yang mengharapkan mendapat fizikal yang lengkap..

Kau lah ciptaan Tuhan yang terbaik..

Kau yang handsome..

Kau yang cun..

Syukurilah itu.. walaupun itu hanya sementara…

Kawanku dengarlah.. jutaan orang di luar sana..

Berharap untuk melihat..

Berharap agar mendengar..

Dan berharap boleh berbicara..

Seperti kita..

Kau tak pernah mengerti..

Dan takan pernah mengerti..

Sedarlah kawanku..

Bahawa sesungguhnya kau tidak kekurangan..

Gambar Erra Fazira & Keluarga






Gambar diatas dapat mengammbarkan bahawa betapa gembiranya Erra Fazira bersama keluarga barunya.Anaknya, Engku Aleesya membuatkan saya seperti ingin cubit pipinya sampai lebam,ahah .Semoga rumah tangga Erra Fazira kekal dan bahagia sepanjang hayat

Gambar Anak Kembar Sharifah Aleeya




Tahniah buat Sharifah Aleeya kerana berjaya mendapatkan anak kembar.Sharifah Aleeya telah pun selamat melahirkan anak kembar perempuannya 26 Jun 2009 yang lepas.Kedua anak mereka diberi nama Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashra.Walaupun berharap nak melahirkan anak kembarnya secara normal, disebabkan masalah-masalah teknikal dan nasihat doktor, proses kelahiran telah dilakukan secara pembedahan.
Tahniah sekali lagi buat kedua pasangan tersebut.

Malam Tujuh Likur & Malam Lailatul Qadar

“cepat pergi pasang pelita ni!”

“ala.. nanti la Kak Ros.. raya kan seminggu lagi..”

“terlepas malam lailatul qadar nanti padan muka..”

Masih ku teringat lagi bait-bait perbualan dalam cerita animasi yang diminati ramai ketika bulan puasa ni. Aku juga meminati cerita animasi tersebut. Satu kemajuan di dalam bidang animasi bagi rakyat malaysia. Tidak kisah lah walaupun negara-negara lain sudah jauh lebih maju. Setidaknya animasi yang ni ada identitinya yang tersendiri. Cuma untuk episod yang tersebut aku tidak berapa berkenan.

Aku tahu pernyataan tersebut adalah tidak patut sama sekali. Lebih-lebih lagi animasi tersebut ditonton oleh rata-ratanya kanak-kanak yang mana mereka ini masih mentah dan mudah terpengaruh. Perkaitan antara lailatul qadar dan pasang pelita atau malam tujuh likur adalah satu kepercayaan karut yang menyelebungi masyarakat malaysia. Apakah kepercayaan tersebut?

Sesetengah orang kata, kepercayaan tersebut adalah daripada pengaruh hindu, yang mana pelita-pelita dipasang bagi menerangi jalan untuk roh-roh yang akan pulang ke rumah pada musim perayaan ini.

Timbul juga kepercayaan yang mengatakan malaikat akan turun pada malam lailatul qadar, jadi rumah-rumah perlu diterangi dengan pelita-pelita supaya malaikat dapat datang ke rumah kita. Hal ini menjadi satu fitnah kepada islam apabila orang yang murtad mengatakan malaikat ni rabun, kena pasang pelita pada malam lailatul qadar supaya tidak sesat. Kenyataan dan kepercayaan ini semua adalah tidak benar.

Golongan bijak pandai menolak semua itu. Mereka lebih mengatakan pasang pelita itu hanyalah sekadar untuk meraikan kemeriahan nak menyambut kedatangan hari raya.



Pada pandangan ku, malam lailatul qadar itu tidak pasti berlakunya pada tarikh yang mana, jumhur ulama sepakat menyatakan ianya di malam sepuluh yang terakhir di bulan ramadhan. Dan malam ini sepatutnya diterangi dengan amalan-amalan untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah. Bukannya dengan pelita-pelita.

Namun, bagiku, sekiranya pelita-pelita tersebut dipasang untuk meraikan kemeriahan hari raya, untuk bermain bunga api, ku kira ianya dibolehkan. Boleh dikira ianya sebagai adat, tetapi jangan lah pula dikaitkan dengan kepercayaan-kepercayaan karut yang tidak berasas.

Kini, ku kira pelita api itu bagaikan telah menjadi suatu yang “tradisional”. Mengapa? Sebab rata-rata rakyat malaysia kini lebih gemar menggunakan lampu kelip-kelip berbanding memasang pelita. Mungkin kerana sukar untuk mendapat bekalan minyak tanah ataupun sebab harga minyak dah naik? Huhu..

Apa pun.. biarlah kemeriahan yang kita raikan ini tidak menjauhkan kita daripada mengingatiNya dan tidak mensia-siakan tarbiyah kita sebulan di Madrasah Ramadhan yang kian berlalu ini..

Semoga hari raya aidilifitri ini kita kembali kepada fitrah kita semula; islam agama fitrah..

Wallahu a’lam


________________________________________________________________________
“Mengapa membandingkan dengan yang lebih buruk sedangkan yang lebih baik itu yang patut kita contohi”

Roh di Bulan Ramadhan

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada &n bsp; penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang mela kukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus la semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

" Setinggi mana kasih sayangku, Allah lebih berhak menyayangimu, Damai la engkau di sana di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya aku akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi" & nbs p;

Nikmat zikir, berdoa malam Lailatul Qadar

BANYAK amalan salih dilakukan pada Ramadan dengan harapan mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah. Bagi setiap amalan dilakukan kita hendaklah berdoa supaya diterima Allah.

Sesungguhnya berdoa adalah satu tugas agama yang penting kedudukan dan mahal nilainya. Ia adalah pintu ibadah dalam memperhambakan diri kepada Allah dan memperlihatkan kerendahan jiwa kepada-Nya.

Ini jelas melalui sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Doa itu adalah otaknya ibadat." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).

Pengabdian atau ibadat yang dikerjakan tanpa berdoa adalah tidak berjiwa, hidup dan bergerak. Ini laksana tubuh yang tidak bernyawa – ada badan tetapi tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Amalan berdoa digalakkan sepanjang masa, lebih-lebih lagi pada Ramadan, terutama pada Lailatul Qadar. Ia adalah malam paling mustajab berdoa, khususnya pada masa berlalu separuh malam dan ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.

Sepanjang Lailatul Qadar adalah saat doa yang dimakbulkan. Maka perbanyakkan doa pada malam itu.

Dalam satu hadis, Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah, apa pendapat kamu jika aku tahu Lailatul Qadar itu, apakah akan aku bacakan dalamnya?

Jawab Baginda: "Bacalah "Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fuanni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini)." (Hadis riwayat al-Khamsah).

Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: "Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doa kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab."

Secara jelas dapat diperhatikan bahawa Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah.

Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doa dikabulkan Allah.

Tuhan selalu membuka pintu untuk hamba-Nya mengadu, memohon dan berdoa kepada-Nya. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Surah al-Baqarah, ayat 186).

Firman Allah lagi bermaksud: "Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Nya, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dengan hina." (Surah al-Mukmin, ayat 60).

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.

Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Maksudnya : Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq.

Maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah
SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu.

Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’

dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘

ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan.

Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.



Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’

panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.

Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Kiamat pada 2012?

HADIS PALSU: PROPANGANDA YAHUDI 2012

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal.." Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab:

"Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah S.W.T dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada umum sejak akhir-akhir ini. perhatian kepada kalian yang menerimanya, hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya, diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!

Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan propaganda yahudi ini, filem 2012 akan ditayangkan di seluruh dunia. tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk menentukannya. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya menunggu tanda-tanda besar kiamat pula. adakah anda sudah bersedia?

Wallahualam..

Apa itu Ron?

INFO : Apa itu RON???

Apakah yang dimaksudkan dengan RON sebenarnya?
RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.
Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.

Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual dibawah :



anda mungkin juga meminati


Get this widget here

Klik pada older post

untuk ke muka sebelah