Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)

Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb 2001
- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 thn
- 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup

Sebab :

- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekat
- 23% garam berlebihan

1. BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN
KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN

Normal Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn
Normal Tinggi
130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup
Hipertensi Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup
Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan
Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu
Peringkat 4
210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

GEJALA-GEJALA YG BIASA

1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab

TANDA AMARAN KRONIK

Serangan Iskemia Sementara (TIA)
* "Strok kecil" yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak.
* Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar.
* Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi.
* Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%.
* Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik.

2. JENIS STROK ASAS

'Strok trombik' (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. 'Strok Berdarah'
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.

AMALAN DIET

1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI

1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...
3. Kekacang, soya, dal dan dll...
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...)
7. Cara masakan rebus, kukus, pamggang, sekali kala goreng.

UBAH GAYA HIDUP

* Pil perancang
* Rokok
* Alkohol
* Ketegangan (Stress)
* Amalkan Senaman

Senyum Menawan

Senyuman menawan memang menjadi idaman setiap invidu. Untuk memiliki senyuman sebegini, faktor paling utama pastilah penjagaan gigi. Gigi yang tidak sihat atau bermasalah, pasti boleh mencacatkan penampilan. Bayangkan, kalau gigi hadapan anda sudah berwarna coklat kehitaman dan jarang, pasti anda tidak mahu dilihat tersenyum bukan. Lebih teruk lagi, keyakinan diri turut terjejas.

Jadi, untuk memastikan senyuman anda sentiada menawan, amalkanlah penjagaan gigi yang tepat. Memberus gigi setiap kali selepas makan memang penting, tetapi menggosok gigi di malam hari iaitu sebelum masuk tidur adalah wajib. Tiada kompromi. Sisa-sisa makanan yang tidak dibersihkan lama-kelamaan akan bertukar kepada plak.

Selain itu, ia juga akan menyebabkan masalah mulut berbau. Ini kerana di permukaan gigi sama ada ketika makan atau tidak akan selalu terbentuk ‘biofilm thin’ yang menyerupai selaput tipis yang menjadi media pertumbuhan bakteria. Selaput inilah yang bertukar kepada plak apabila bakterianya sudah mencapai jumlah tertentu.

Plak gigi ini pula akan sentiasa terbentuk dari waktu ke waktu dan ia terbahagi kepada dua iaitu plak ‘baik’ dan plak ‘jahat’. Plak yang terbentuk tidak lama selepas kita makan dikategorikan sebagai plak yang tidak membahayakan (plak baik) dan mudah dibersihkan apabila gigi diberus. Tetapi, jika plak ‘baik’ tidak dibersihkan dengan segera (dalam tempoh lapan jam), maka ia akan segera berubah menjadi plak ‘jahat’ yang sangat membahayakan kesihatan gigi.

Diet gigi sihat

1. Elakkan makanan bergula

Hindari daripada mengambil banyak makanan dan minuman yang bergula bagi mengelak risiko gigi menjadi reput. Lebih bagus jika anda hadkan pengambilannya ketika waktu makan yang utama sahaja ataupun sekali sehari. Adalah lebih baik mengambil jus buah-buahan tanpa gula daripada mengambil minuman yang ditambah dengan gula. Jika anda masih ingin menikmati kopi atau teh, gunakan pemanis tiruan sebagai perasa. Elakkan juga makanan yang bersifat melekit atau terlalu lembut sehingga mudah melekat pada celahan gigi. Ini kerana ia akan meningkatkan proses pembiakan bakteria.

2. Makan pelbagai jenis buah dan sayuran

Bahan semulajadi yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayuran terbukti dapat memberikan pengaruh yang efektif untuk membersihkan gigi. Mengunyah epal misalnya adalah cara terbaik untuk membersihkan gigi dan mendapatkan gigi yang sihat. Sungguhpun epal mengandungi gula buah yang semulajadi, namun banyaknya pengeluaran air liur membantu mengelakkan kerosakkan gigi berlaku. Antara buah-buahan dan sayuran yang boleh dijadikan pilihan ialah oren, tomato, nenas tembikai, timun, lobak merah, seleri dan brokoli.

3. Makan produk tenusu

Makanan yang berasaskan tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt rendah lemak, dan keju rendah lemak juga makanan yang baik untuk kesihatan gigi. Ini kerana produk-produk ini kaya dengan kalsium dan fosforus yang sangat baik untuk memelihara kesihatan gigi. Selain itu, kandungan vitamin D yang terdapat dalam susu membantu penyerapan kalsium untuk gigi dan tulang.

4. Berus gigi dengan tepat

Walaupun pemilihan makanan yang tepat boleh membantu mengekalkan kesihatan gigi, tetapi memberus gigi adalah cara terbaik untuk menjamin kesihatan gigi. Memberus gigi dengan cara yang salah boleh menjejaskan kesihatan gigi.
Terdapat beberapa cara memberus gigi yang sering dipaktikkan. Pertama, gerakan vertikal, di mana gigi diberus dari atas ke bawah. Kedua, gerakan horizontal iaitu gigi diberus dari depan ke belakang. Satu lagi cara yang digunakan ialah gerakan berputar.

Daripada ketiga-tiga cara berikut, gerakan berputar merupakan cara memberus gigi yang paling disarankan. Selain sederhana dan efisien, gerakan itu juga boleh menjangkau semua bahagian mulut serta boleh menghasilkan urutan lembut pada gusi. Lakukan proses ini secara perlahan-lahan agar gusi tidak tercedera.

Tip agar gigi sihat

1. Jangan malas memberus gigi. Minimum dua kali sehari. Untuk hasil yang terbaik, gunakan berus gigi elektrik.

2. Lakukan ‘flossing’ dan rajin-rajinlah berkumur agar mulut bebas daripada bakteria. Selain itu, ‘flossing’ dan berkumur dapat menghilangkan kotoran di celah-celah gigi yang tidak terjangkau oleh berus gigi.

3. Kurangkan pengambilan kopi dan berhenti merokok. Nikotin yang melekat pada gigi menjadi ancaman berbahaya bagi kesihatan gigi kerana ia merupakan hidangan lazat kepada bakteria mulut yang menghasilkan asid penyebab gigi berlubang.

4. Bersihkan gigi dengan strawberi. Caranya cukup mudah, hancurkan strawberi dan sapukan pada seluruh permukaan gigi dengan menggunakan jari. Biarkan selama satu hingga dua minit, kemudian gosok gigi secara menyeluruh sehingga bersih.

5. Minum menggunakan straw. Jika ingin minum kopi, teh atau minuman berkarbonat, pastikan anda menggunakan straw. Ini kerana, warna minuman tersebut boleh melekat pada gigi sehingga lama-kelamaan gigi boleh bertukar kekuningan.

6. Lakukan pemeriksaan gigi secara rutin iaitu setiap enam bulan sekali.

Apa itu H1N1?

Mungkinkah istilahnya yang asing, influenza A (H1N1), atau kes kematian yang jarang didengar dalam kalangan mereka yang positif, menyebabkan masih ramai rakyat Malaysia tidak begitu pedulli dengan ancaman selesema ini.

Berdasarkan laporan berita, penyakit "baru dan berjangkit" ini sudah berada di sekitar kita dan setakat 30 Jun, terdapat 158 kes H1N1 yang di negara ini.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat 30 Jun, terdapat 71,076 kes H1N1 yang dilaporkan di 116 negara dengan jumlah kematian 311.

Malangnya sesetengah masyarakat Malaysia masih belum bersedia untuk mengambil langkah berjaga-jaga di sebalik peringatan harian yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan serta pelbagai langkah pencegahan yang dilaksanakan.

"Saya tak tahu apa itu Influenza A (H1N1)," jawapan daripada seorang pendengar radio, mungkin dianggap kes terpencil, orang yang sengaja tidak mahu ambil tahu kisah di sekelilingnya.

Bagaimanapun, bila hospital meletakkan kain rentang dan poster mengingatkan pelawat jangan bawa kanak-kanak ke wad melawat pesakit, ramai yang dilihat tidak menghiraukannya.

Mungkinkan sikap tidak begitu peduli ini selagi penyakit itu tidak mengenai keluarga sendiri?.

Jururawat Rohaiyah Majeed berkata: "Masih ada ibu bapa yang membawa anak kecil mereka melawat saudara-mara atau kenalan yang sakit di hospital.
"Sememangnya larangan membawa kanak-kanak bawah 12 tahun masuk ke dalam wad adalah peraturan tetap di hospital, apatah lagi dengan masalah selesema babi sekarang yang mudah berjangkit.

"Kadang kala seolah berlaku satu karnival di mana anak-anak kecil kelihatan berlari ke sana-sini membuat bising," katanya.

Lebih teruk lagi jika orang dewasa sendiri bila bersin dan batuk, tidak menutup mulut dan hidung mereka dengan sapu tangan atau tisu, walaupun di hospital.

MASIH ADA YANG TIDAK TAHU

Seorang pengamal perubatan swasta Dr K. Mathew berkata: "Ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu tentang Influenza A (H1N1), apatah lagi tentang bahaya penyakit ini", kata beliau.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, H1N1 ialah penyakit respiratori (pernafasan) yang disebabkan virus jenis Influenza A yang biasanya merebak pada babi.

Biasanya virus H1N1 tidak menyerang manusia tapi jangkitan manusia kepada manusia sedang hebat berlaku ketika ini, sama seperti jangkitan selesema biasa yang bermusim.
Virus baru ini mula diketahui menjangkiti manusia di Amerika Syarikat pada April 2009 dan semakin banyak negara melaporkan kes selesema ini.

Tanda dan gejala Influenza A H1N1 sama dengan selesema biasa dan ini termasuk demam yang tinggi dengan suhu lebih daripada 37.7 darjah Celsius, batuk, sakit tekak, sakit otot, menggigil, keletihan, cirit-birit dan muntah.

Pada bulan Jun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertingkat amaran tahap pandemik selesema ini kepada enam, satu aras yang tertinggi.

Ini ialah pandemik pertama di dunia sejak tahun 1968. Pada 11 Jun 2009, WHO mengesahkan virus H1N1 sememangnya pada tahap pandemik, di mana 30,000 kes disahkan berlaku di seluruh dunia.

JAHIL?

Istilah H1N1 yang asing ini juga berkemungkinan antara faktor orang ramai keliru dan merasakan ancamannya juga jauh daripada mereka.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengesyorkan istilah selesema babi digunakan bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya selesema ini dan mesej mengenainya dapat disampaikan dengan lebih tepat.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata di Parlimen, istilah Influenza A (H1N1) patut dikekalkan sebagai merujuk kepada ancaman penyakit ini untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Sementara itu di Putrajaya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 14 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan di negara ini, menjadikan jumlah kes sebanyak 158.

Dr Mohd Ismail berkata jumlah pesakit selesema H1N1 yang masih dirawat di hospital pada masa ini berjumlah 47 orang dan kesemua mereka menunjukkan respons yang baik kepada rawatan tanpa sebarang komplikasi.

Seramai 111 kes Influenza A (H1N1) telah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital, dan setakat ini tiada kematian dilaporkan, katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya pergi segera ke hospital jika mengalami batuk, sakit tekak, selesema dan demam tinggi.

Pastikan jika ke hospital, guna laluan khas untuk bertemu doktor, dan jika sudah dikuarantin, pastikan semua arahan dipatuhi untuk kesihatan diri dan kesejahteraan semua.

-- Dipetik dari BERNAMA

Tip Agar Bateri Laptop / Notebook Tahan Lama

Agar laptop / notebook Anda tetap berfungsi dengan baik dan benar sehingga aktivitI sehari-hari berjalan dengan lancar, tips-tips merawat bateri laptop agar tahan lama sebagai berikut dapat dipraktikkan:

1. Jangan sekali-kali menggunakan bateri dan charger laptop yang tidak sesuai.
Untuk meyakinkan kesesuaian bateri ataupun charger yang digunakan, hubungi customer service dari pembuat laptop yang bersangkutan.

2. Hindari kebiasaan menggunakan laptop di pangkuan paha, di atas karpet, mahupun di atas karpet kerana permukaan yang lembut seperti itu akan menghalang aliran udara di bagian bawah notebook dan dapat menimbulkan overheating. Hal ini terjadi kerana peredaran udara tidak berjalan dengan sempurna.

3. Hindari hentakan dan himpitan serta jangan meletakkan beban berat di atas laptop.
Hal tersebut akan mengakibatkan litar elektrik di dalam bateri menjadi rosak dan terjadi litar pintas yang kemudian mengakibatkan overheating.

4. Hindari pula kedudukan bateri yang longgar.

5. Tidak meletakkan laptop di sebarang tempat, terutama di tempat yang terkena langsung pancaran matahari seperti di tepi tingkap atau dalam kereta.

6. Tidak menumpahkan cecair di atas laptop kerana biar pun akan kering dan berfungsi normal kembali, namun litar di dalam laptop ataupun bateri akan berkarat .

Rahsia Kejayaan

Dalam kita berusaha utk keluar dpd masalah kewangan kita, kita perlu juga tahu rahsia kepada kejayaan.

Banyak yang diperkatakan tentang kejayaan dan cara memilikinya, namun kita lupa tentang dasarnya atau natijahnya kenapa sesuatu kejayaan itu harus dicapai. Memandangkan zaman semakin maju, persaingan semakin sengit maka mengecapi kejayaan itu adalah sesuatu yang mutlak yang harus dan patut anda mencapainya. Malah kehidupan ini akan lebih indah dan manis jika turut disusuli dengan kejayaan demi kejayaan sebagai motivasi serta alasan untuk terus hidup.

1. Mesti Rasa Ingin Berjaya

Kejayaan akan mendatang jika anda menginginkannya terlalu sangat. Jika didorong oleh rasa yang kut untuk berjaya atau mencapai kejayaan diri,anda menjadi umpama magnet yang kuat yang akan menarik segala bentuk kejayaan atau jalannya ke arah anda. Percayalah jika kuat hasrat,keinginan serta kemahuan anda terhadap kejayaan maka akan datanglah segala bentuk bantuan, jalan, lorong atau peluang untuk anda seolah-olah semua itu mengerti akan kemahuan anda. Rasa ingin berjaya itu penting supaya minda bawah sedar anda faham dan jelas tentang apa yang anda mahukan.

Tanamkan rasa yang betul-betul kuat seolah-olah anda sudah tidak punya pilihan lain selain daripada berjaya. Berikan alasan-alasan yang kukuh dan positif kepada diri anda tentang kenapa anda harus berjaya dan kenapa anda tidak boleh gagal. Seelok-eloknya jangan wujudkan istilah gagal ini di dalam hidup dan minda anda. Tidak salah jika anda ingin merasa taasub atau menjadi fanatik terhadap kejayaan itu. Percayalah tatkala anda mengumpul fokus dan perasaan itu, sebenarnya anda sedang menghantar polar-polar energi di dalam bentuk rantaian kelapangan ether. Tenaga-tenaga ini wujud di atas kepercayaan, keyakinan dan kesungguhan anda dan disokong oleh rasa, keinginan dan sebab yang kuat, maka wujudlah tenaga itu. Rantaian tenaga itu tidak akan putus selagi anda tidak berubah fikiran, rasa atau kepercayaan. Punca ramai orang tidak menemukan kejayaan adalah kerana hilang fokus di pertengahan jalan
akibat bebal, putus asa, kecewa, marah, malas, tidak sabar dan lain-lain lagi.

Sikap-sikap negatif inilah yang sebenarnya bergantung tentang apa yang anda rasa dan bukannya apa yang anda buat kerana jika difikirkan apa yang anda buat pun sebenarnya terbit dari apa yang anda rasa.

2. Selarikan Minda dan Rasa

Minda akan menerima isyarat rasa lalu menganalisis dan mengakses maklumat untuk diterjemahkan kepada perbuatan. Di sinilah selalunya pengaliran tenaga itu tidak lancar kerana minda tidak positif, tidak terbuka malah dibelenggu dengan kepercayaan karut yang telah anda programkan sebelum ini. Selariknminda dan rasa anda. Jika rasa untuk berjaya itu begitu kuat, maka minda juga harus menerima yang kejayaan itu begitu mudah untuk dicapai. Minda harus dihalakan ke arah yang sangat positif. Minda harus dibuka dengan luas tanpa sekatan. Ingat! Minda anda umpama payung terjun yang akan hanya berfungsi jika dibuka.

Ciri-ciri orang yang berjaya adalah di kalangan mereka yang mempunyai minda yang positif dan terbuka. Jika ditutup minda itu bererti anda menutup segala ruang peluang potensi diri malah rezeki kadangkala anda tidak menyangka hanya kerana anda mengambil sikap yang positif, ia telah menemukan anda dengan peluang dan orang yang anda cari-cari selama ini. Bersikap positif bererti berbaik sangka terhadap diri sendiri dan orang lain. Maka bersikap dan berfikiran positif mulai hari ini. Ia akan mengubah segalanya! Percayalah.

3. Jiwa dan Peribadi Mulia

Kayakan Jiwa dan Peribadi Mulia Hiasi diri dan peribadi anda dengan sifat-sifat yang positif dan terpuji. Sifat-sifat ini penting bagi membersihkan diri, jiwa dan minda. Inilah caranya yang paling efektif di dalam membentuk personaliti unggul kerana menyemai kejayaan sebenarnya memerlukan jiwa yang bersih dan kaya dengan peribadi mulia serta nilai-nilai murni. Kesemuanya mempunyai elemen-elemen positif yang akan menjadi pemangkin kejayaan anda. Kayakan jiwa anda dengan mendidik diri anda ke arah cara hidup yang positif dan sihat kerana kejayaan sebenarnya memerlukan jiwa yang bersih dan lapang kerana jiwa anda tidak boleh diganggu keresahan, ketakutan, kebimbangan, dengki, khianat, curiga dan lain-lain lagi. Tenangkan jiwa dan menyusur memburu kejayaan. Pasti kejayaan milik anda.

4. Jangan Takutkan Kegagalan

Mungkin inilah juga punca utama kenapa seseorang itu tidak berjaya kerana terlalu takutkan kegagalan. Ini ditambah lagi dengan budaya masyarakat kita yang "takut apa orang kata". Maka kita tidak akan berani mencuba sesuatu kerana takut akan risikonya. Jika dikaji semula di sini, apakah risikony, sebenarnya tidak ada pun. Cuma kita "takut apa orang kata!" Kuatkan dalaman anda dan berpegang pada hakikat bahawa anda tidak boleh menggembirakan semua orang dan tidak boleh mengawal mulut orang.

Baik atau buruk yang anda lakukan, manusia akan terus bercakap. Anda harus fokus kepada diri anda sendiri dan tanyakan soalan; "Haruskah aku mendengar cakap orang lain atau diriku?" Ingat semua akan janji pada diri anda, wawasan dan matlamat anda. Usah pedulikan suara-suara sumbang itu. Lihat pada mereka dan berkatalah bahawa anda tidak akan jadi seperti mereka.

5. Anda Terlalu Istimewa

Perasaan ini penting untuk membuatkan diri anda mempunyai nilai yang tinggi dan hebat. Selalulah berkata-kata dan berdialog dengan diri anda seperti "I'm great" atau "I'm the best". Percayalah saranan-saranan begini, anda akan merangsang diri anda supaya lebih berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang tinggi. Untuk membina kekutan dalaman, anda harus menyayangi dan menyanjungi diri sewajarnya.
Jangan asyik memuji orang hinggakan terlupa diri sendiri. Itulah sebabnya anda tidak mencapai kejayaan kerana diri anda sendiri merajuk dan tidak pernah dirangsang. Insan-insan yang berjaya adalah di kalangan mereka yang menurut kata hati sendiri, tahu apa yang dikehendaki dan sentiasa merasakan dirinya terlalu istimewa dan berharga.

Rahsia Tulisan Tangan - Dr. Fadhilah Kamsah

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
-Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
-Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
-Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
-Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
-Semua huruf ditulis dengan bulat
-Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
-Tulisan yang angular dan sharp
-Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
-Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
-Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak
-Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur
-Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
-Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
-Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
-Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
-Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
-Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
-Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
-Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rahsia di Sebalik Bulan

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Seorang Yang Berjaya & Seorang Yang Gagal

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

Miliki Mental Yang Baik

1. Luahkan /kongsi masaalah dengan orang lain
2. Luaskan pergaulan
3. Bertemu semula dengan kawan-kawan lama
4. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab
5. Membaca.Penuhi waktu sebaik-baiknya
6. Berkongsi hobi atau kegemeran dengan keluarga, sanak saudara,jiran dan kawan
7. Jaga kesihatan diri
8. Bersenam selalu
9. Makan makanan yang seimbang dan minum air yang banyak
10. Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga.Eratkan ikatan kekeluargaan
11. Bersiar-siar, menonton wayang,makan di luar
12. pastikan diri sentiasa ceria/gembira
13. Berbincang mengenai permasalahan keluarga/isu-isu semasa
14. Bersikap realistik tentang perubahan di dalam pelbagai aspek

Mari Uji Psikologi Anda

Suatu hari anda di rumah, berlaku 5 perkara serentak yang perlu anda ambil perhatian iaitu:

1.Telefon berbunyi
2.Bayi anda tiba-tiba menangis
3.Seseorang mengetuk pintu rumah/loceng rumah anda berbunyi
4.Tiba-tiba hujan hendak turun dengan lebat dan ada baju kering di ampaian
5.Air yang anda tadah di dapur melimpah

Susunkan apa yang anda akan buat dahulu mengikut turutan. Ok dah susun?
Selepas anda buat keputusan, anda boleh lihat jawapan di bawah. Setiap keputusan menunjukkan kepentingan kita dalam kehidupan.

1.telefon simbolik kepada kerja/kerjaya anda
2.bayi simbolik kepada keluarga anda
3.orang yang datang ke rumah simbolik kepada kawan-kawan
4.baju-baju simbolik kepada kehidupan seksual
5.air melimpah simbolik kepada duit/harta benda/kekayaan

Adakah ujian ini sama dengan kepentingan anda dalam kehidupan?? Fikir-fikirlah sendiri....

TIDUR itu sangat penting

Adakah anda seorang yang sukar untuk bangun pada waktu pagi? Rasa mengantuk pada waktu petang? Adakah fikiran anda sentiasa teringatkan tilam empuk, walaupun ketika anda sedang sibuk bekerja pada waktu siang?
Ini semua adalah senario biasa di kalangan kita sebenarnya. Bukan kerana kita malas, tetapi ramai antara kita kekurangan suatu aktiviti yang penting dalam hidup kita, iaitu TIDUR.

Malangnya, pada zaman kita semua berlumba-lumba mengejar kemakmuran dan terpaksa bekerja hingga lewat petang atau malam, kita mudah terjebak ke dalam gaya hidup yang tidak sihat.

Tahukah anda, banyak sekali hasil penyelidikan membuktikan bahawa tidur dan kesihatan itu adalah saling berkait rapat.

Dalam satu artikel yang saya pernah baca, iaitu hasil tulisan Lawrence Epstein, M.D., Pengarah Perubatan Serantau Sleep Health Centers di Boston, Massachusetts, dan bekas presiden American Academy of Sleep Medicine mengatakan bahawa, kebanyakan orang memerlukan 7 hingga 8 jam waktu tidur semalaman. Tidur ini diperlukan bukan semata-mata untuk menjaga kecantikan kulit dan menyerikan wajah, tetapi ia adalah untuk membantu mengekalkan kesihatan!

Jadi, berhati-hatilah jika anda seorang yang selalu tak cukup tidur. Kerana, kurangnya tidur, boleh menjadi punca beberapa masalah kesihatan. Berikut ini adalah beberapa kesan buruk daripada kurangnya tidur (mengikut satu hasil kajian) ;
• menyebabkan peningkatan berat badan
• menyebabkan tekanan darah tinggi
• menyebabkan sistem imun kurang berkesan
• menyebabkan badan jadi lemah dan lesu
• menyebabkan muka jadi tak ceria dan pucat
• menyebabkan pedih-pedih pada mata dan mata jadi merah
• mudah tumbuh jerawat pada muka
• menyebabkan otak berserabut dan tertekan
• mudah pening kepala

Jadi, TIDUR itu sangat penting yer. Mak saya selalu pesan, “Jangan jadi macam musang yang suka berjaga malam. Tak bagus untuk kesihatan.
Tapi, kalau jaga malam untuk buat qiamullail. Dipersilakan! Sangat-sangat digalakkan. Ada banyak kelebihan dan rahsia orang yang selalu buat qiamullail ni.
Apapun, dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimanakah cara kita boleh mendapat tidur dan rehat secukupnya pada waktu malam.
Berikut adalah beberapa tips yang saya amalkan dan mungkin juga anda boleh amalkan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

• Menetapkan rutin waktu tidur yang sesuai. Contohnya, tetapkan waktu tidur anda jam 11.30 malam. Pastikan apabila dah dekat jam 11.30 malam tu, baringlah atas tilam empuk anda. Golek-golek sikit, termenung sikit, berangan sikit, dan jangan lupe baca ayat Quran yang dianjurkan seperti ayat kursi, 3 Qul dan doa tidur.Janganlah pulak, dah dekat kul 11 malam, baru nak terhegeh-hegeh pasang DVD movie kegemaran anda. Nanti syok layan movie, terlajak pulak masa untuk anda tidur. Patut tidur pukul 11.30 malam, tapi disebabkan layan movie, tidur la pukul 1 pagi. Kan dah tak cukup tidur dah jadinya tu nanti.

• Padamkan semua lampu. Tidur dalam gelap. Sesetengah orang ada juga yang tak boleh tidur dalam keadaan yang terlalu gelap. Apa2pun, ejas la ikut kesesuaian anda. Kalau saya, memang suka tidur dalam keadaan yang gelap gelita.

• Tutup semua peralatan yang menyebabkan bunyi bising, contohnya radio ker, TV ker dan lain-lain.

• 5 minit sebelum tidur, sembur sedikit air freshner dalam bilik tidur supaya udara menjadi lebih segar dan harum gitu.

Selamat mencuba...!!!

Tengku Ratu Haidar

Kenangan Linda On di Tanah Suci Mekah



Saiful Apek ingin menenangkan diri



Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mStar Online berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.

“Pihak polis akan membuat keputusan selepas siasatan selesai sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak,” katanya.

Semalam, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya selama empat hari dilanjutkan sehari lagi sehingga hari ini.

Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah.

Pada 12 Jun lalu, Saiful dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartmennya di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 10 malam ketika sedang menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia di antara Argentina dan Nigeria.

Apek terkenal dengan lakonannya dalam filem seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).

Dia juga seringkali muncul bersama kumpulan lawak Senario dalam siri komedi Senario di TV3.



Bukan merajuk sebaliknya ingin menenangkan diri membuatkan pelawak dan pelakon popular Saiful Apek hari ini mengambil keputusan mengejut ingin mengundurkan diri daripada bidang seni.

Bagi Apek, ia merupakan langkah terbaik yang perlu diambil buat masa ini.

“Saya dengan berbesar hati mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada bidang seni. Keputusan ini diambil kerana tidak mahu ada pihak di luar sana yang akan bercakap dah kena, maafkan dan akan kena lagi. Saya tahu pelbagai kata-kata akan dilemparkan kepada saya kerana ada yang menganggap artis sebagai ikon namun mereka perlu tahu ikon yang sebenar ialah Rasullah S.A.W,” katanya ketika ditemu bual petang tadi.

Tidak menyesal dengan tindakan tersebut jelas Apek, apa yang dilakukannya bersebab dan kejadian tersebut memberi pengajaran yang amat bermakna buat dirinya.

“Saya mengambil keputusan undur diri bukan kerana kes ini. Tetapi sepanjang ditahan saya melalui pengalaman dan pengajaran yang terlalu sukar untuk saya dapatkan sebelum ini. Lagipun saya dah penat dengan semua ini malah sepanjang ditahan barulah saya kenal siapa yang sayang saya. Keluarga sentiasa di sisi.Tapi masa mereka perlukan saya, saya tiada dan sentiasa sibuk,” lafaznya sambil menangis.

Bertanya sama ada kejadian penangkapan tersebut mungkin telah dirancang oleh mana-mana individu yang ingin menjatuhkannya kata Apek: No komen saya serahkan kepada Tuhan semuanya. Tetapi Allah Maha Kaya segala musibah yang diberikan tentunya untuk menguji,”.

Mengakui makin tenang, Apek memberitahu keputusannya untuk mengundurkan diri bukanlah penamat segala-galanya. Sebaliknya pelakon berusia 41 tahun itu menjelaskan tindakan tersebut ia hanyalah buat seketika.

Fakta - Fakta Menarik 1

1. Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.

2 Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.

3 Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia

4 Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.

5 Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.

6 Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.

7 Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.

8 Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.

9 Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.

10 Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

* Bahasa Melayu Kuno,
* Bahasa Melayu Klasik dan
* Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

* Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
* Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
* Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

* Pengaruh agama Hindu
* Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
* Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

* Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
* Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
* Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
* Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

* Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
* Susunan ayat bersifat Melayu
* Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
* bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
* Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
* Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
* Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
* Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

* ditulis dalam huruf India
* mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
* bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

* masih memakai abjad India
* buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

* ditulis dalam tulisan Jawi
* membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

* Zaman kerajaan Melaka
* Zaman kerajaab Acheh
* Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

* ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
* banyak ayat pasif
* menggunakan bahasa istana
* kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
* banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
* ayat songsang
* banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

SEJARAH PALESTIN



Assalamualaikum.. kali ni saya nak cerita serba sedikit tentang sejarah konflik Palestin-Israel.. dapat la kita sama² mengenalinya dgn lebih dkt lagi.. sebarang kesilapan dari segi fakta harap dpt diperbetulkan.. insyaallah..

Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan – “hari ini, perang salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,
“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”
“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”
Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti – sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu – “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”
Lord Curzon menjawab – “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya – Khalifah dan Islam.
Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.
Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh. Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat , selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama – Chaim Weizmann.
Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 – sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.
Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan.

…………dari Brader Rod.com – sejarah palestin

PERAKAUNAN SEKOLAH

1. Peranan Dan Tanggungjawab Pengetua Berkaitan Pengurusan Kewangan Sekolah.

Pengurusan Kewangan dan Akaun di sekolah tidak boleh lari dari Akta Acara Kewangan 1957 yang menjadi asas kepada semua acara kewangan yang sedang berkuatkuasa sekarang ini. "Pegawai Pengawal" adalah dikehendaki mengawal perbelanjaan berkenaan dengan sesuatu perkhidmatan yang diperuntukan dalam Kepala atau Kepala-Kepala Anggaran dibawah kawalannya supaya vot bagi perkhidmatan itu tidak melampau. Oleh itu, pengetua yang bertanggungjawab menguruskan kewangan di peringkat sekolah perlulah memastikan perkara ini dipatuhi. Pengetua boleh dikenakan tindakan "Dihukum Denda" (Surcharge) sekiranya melakukan kesalahan seperti berikut :

1.1. Gagal mengutip hasil atau cukai.
1.1.1. Membuat pembayaran tidak mengikut peraturan.
1.1.2. Terlibat dan sabit dengan sesuatu kehilangan atau kerosakan harta-harta kerajaan.
1.1.3. Gagal menyimpan kira-kira dan rekod-rekod yang perlu dengan lengkap dan kemas.
1.1.4. Lambat membuat bayaran.

Pengetua bertanggungjawab menentukan segala wang yang patut diterima, mnyimpan selamat wang awam, mengakaunnya dengan betul dan juga apa-apa (butiran) yang tidak betul dalam akuan yang dikemukakan / diberikan untuk semakan. Kewajipan kewangan boleh diwakili dengan syarat ada arahan bertulis, pegawai tidaklah melepaskan diri daripada tanggungjawab amnya. Oleh itu, pengetua perlulah berhati-hati dalam menguruskan Terimaan dan Pungutan, Pembelian Kerajaan, Tatacara Pembayaran, Pesanan dan Pembelian, Pengurusan Buku Tunai / Vot dan Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan.

Omardin Ashaari (1998) menyenaraikan peranan dan tanggungjawab pengetua seperti berikut:

i. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
ii. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran.
iii. Menentukan segala kutipan dilaksanakan dengan sempurna
iv. Merancang dan menguruskan segala bentuk perbelanjaan dan pembayaran yang dilakukan oleh pihak sekolah.
v. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Kerajaan, SUWA, Asrama dan Panjar Wang Runcit.
vi. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun sekolah secara teratur dan kemas.
vii. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah
viii. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

1.2. Peruntukan Akta dan Pekeliling berkaitan dengan pengurusan kewangan sekolah.
1.2.1. Akta Pendidikan 1996.
1.2.1.1. Seksyen 130 (2) Menteri boleh membuat peraturan berkenaan (m) penyimpanan buku akaun dan pengauditan akaun institusi pendidikan yang menerima sumbangan.
1.2.2. Akta Acara Kewangan 1957
1.2.2.1. Perkara 18, surcaj boleh dikenakan kepada kaki tangan awam yang:
1.1.2.1.1. Gagal mengutip hasil atau cukai.
1.1.2.1.1.1. Membuat bayaran tidak mengikut peraturan
1.1.2.1.1.2. Terlibat dan sabit dengan sesuatu kehilangan atau kerosakan harta benda kerajaan
1.1.2.1.1.3. Gagal menyimpan kira-kira dan rekod yang perlu dengan lengkap dan kemas.
1.1.2.1.1.4. Lambat membuat bayaran

1.3 Peraturan Akaun & Audit 1962

Pihak sekolah dikehendaki menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod lain yang berkaitan dengannya dengan sempurna serta menyediakan dan mengemukakan satu penyata akaun tentang tahun kewangan yang baru berlalu kepada pihak audit tidak lewat dari 31 Mac tiap-tiap tahun.

1.4 Surat Pekeliling Kewangan.

Bil. 4/88 menyatakan, walau bagaimanapun pihak sekolah dikehendaki mengemukakan penyata kewangan tahunan sekolah pada atau sebelum 28/29 Februari kepada pihak audit supaya pihak sekolah mempunyai tempoh sebulan sehingga 31 Mac untuk membuat pembetulan pada penyata tersebut.

1.5 Arahan Perbendaharaan(AP).
1.5.1. Perkara 60, Resit rasmi mestilah dikeluarkan sebagai akaun terima wang yang dibayar kepada seseorang pegawai awam. Ianya perlu dikeluarkan pada masa urusan dibuat
1.5.2. Perkara 61, Orang awam hendaklah diberitahu bahawa mereka hendaklah meminta resit bagi semua wang yang dibayar.
1.5.3. Perkara 62, Meminda sesuatu resit adalah dilarang
1.5.4. Perkara 68, Semua stok resit apabila tidak digunakan hendaklah disimpan ditempat yang dikunci dengan selamat.
1.5.5. Perkara 70, Resit mestilah ditandatangani dengan berkarbon oleh pegawai yang menerima wang itu tetapi mesti ditulis oleh seorang pegawai lain.
1.5.6. Perkara 97(a), Semua bayaran kecuali yang dibuat daripada wang runcit danbayaran bagi gaji dan elaun dan rekupan panjar wang runcit, hendaklah dibuat dengan menggunakan cek yang berpalang
1.5.7. Perkara 99, Semua baucer hendaklah disokong dengan butir-butir penuh.
1.5.8. Perkara 140A, Pegawai Perakaunan tidak boleh membuka dalam mana-mana bank apa-apa akaun awam tanpa kebenaran bertulis dari pihak berkuasa kewangan negeri .
1.5.9. Perkara 142, Tiap-tiap catatan dalam buku akaun hendaklah disokong dengan sesuatu baucer, penyata pemungut atau waran peruntukan yang dibenarkan dengan sepatutnya
1.5.10. Perkara 144, Catatan dalam Buku Tunai hendaklah dibuiat mengikut susunan urusan berlaku.
1.5.11. Perkara 146, Pada hujung tiap-tiap bulan, Buku Tunai hendaklah disesuaikan dengan penyata bank dan satu penyata penyesuaian bank hendaklah disediakan
1.5.12. Perkara 176 (b), Semua pembelian hendaklah dibuat dengan menggunakan pesanan tempatan kecuali yang dibayar melalui panjar wang runcit.
1.5.13. Lain-lain AP yang perlu dipatuhi adalah seperti lampiran Arahan Perbendaharaan.

1.6 Borang-Borang Kewangan

Bagi tujuan pembayaran atau melakukan perubahan gaji dan sebagainya, borang-borang tertentu digunakan. Setiap borang bagi maksud tertentu memerlukan pengesahan daripada pengetua atau wakilnya. Antara borang-borang tersebut ialah :

1.6.1 Baucar Jernal (BJ) Kew 306-Pin 1/92.

Baucar Jernal digunakan untuk melakukan perubahan terhadap gaji yang tersalah kod objeknya. Borang ini digunakan untuk mengembalikan atau membetulkan perubahan kepada yang sepatutnya. Contohnya, pembetulan pendapatan pegawai kerana tersalah perkiraan dalam mendapat elaun wilayah (BIW)

1.6.2 Borang Kawalan Kelompok (BKK) Kew 302A – Pin 1/92.

Borang Kawalan Kelompok digunakan untuk mengelompokkan baucar bayaran kepada satu kumpulan baucar bayaran yang sama jenis.

1.6.3 Baucar Bayaran (Perihal Cek Berganda) Kew 304A- Pin 1/92.

Baucar Bayaran (Perihal Cek Berganda) digunakan untuk mengeluarkan cek-cek kepada penerima yang dikehendaki berdasarkan kelulusan yang diperolehi seperti elaun waden asrama, elaun guru sandaran atau sebagainya

1.6.4 Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew 8- Pin 10/96)

Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai digunakan untuk memaklumkan kepada JAN tentang perubahan gaji seseorang pegawai. Perubahan yang dilakukan adalah tetap seperti kenaikan gaji dan dikepilkan dengan surat kuasa.

1.6.5 Borang Perubahan Gaji (BPG) Kew 320.

Borang Perubahan Gaji digunakan di dalam melaksanakan perubahan gaji pegawai-pegawai. Biasanya borang ini akan dikepilkan bersama kew 8 pin 10/96.

1.6.6 Baucar Bayaran (Kew 304-Pin 1/92)

1.6.6.1 Baucar Bayaran merupakan borang terpenting yan digunakan di dalam melakukan pembayaran kepada pembekal, orang perseorangan ataupun sebagainya. Contoh penggunaannya boleh diperhatikan dalam semua lampiran berhubung dengan pembayaran.
1.6.6.1 Borang Baucar Berasingan / Penyelarasan (Kew 321)
1.6.6.1 Borang Baucar Berasingan / Penyelarasan pula digunakan bagi tujuan untuk memaklumkan kepada JAN tentang gaji semasa seseorang pegawai iaitu gaji, elaun-elaun dan potongan tetap yang dilakukan oleh seseorang pegawai. Biasanya kew 321 ini hanya digunakan pada awal perkhidmatan seseorang guru sahaja.

1.6.7 Sijil Gaji Akhir (SGA) R28

1.6.7.1. Sijil Gaji Akhir pula digunakan apabila berlaku perpindahan guru dari satu-satu pusat pembayar (JAN). Sijil ini perlu diperolehi setelah diluluskan oleh JAN dan diserahkan kepada pusat pembayar yang baru. Tanpa sijil ini gaji seseorang pegawai tidak dapat dibayar oleh pusat pembayar yang baru.

1.6.8 Pesanan Kerajaan (LPO) Am 75-Pin 5/81
1.6.8.1. Pesanan Kerajaan mempunyai 4 salinan yang digunakan bagi maksud membuat pesanan dan bukti pembayaran. Tanpa borang ini, pesanan dan pembayaran tidak dapat dilakukan oleh JAN. Contoh borang ini digunakan boleh didapati dalam lampiran 16.

2. BELANJAWAN DAN TERIMAAN

Sekolah mendapat sumber kewangan dari bantuan perkapita dari PTJ Induk dalam beberapa peringkat bergantung kepada sumber kewangan yang diagihkan kepada JPN oleh KPM. Proses Kewangan Sekolah bermula dengan belanjawan yang dilakukan pada bulan Oktober setiap tahun. Belanjawan ini merangkumi semua perkara yang perlu dituntut oleh pihak sekolah kepada Pusat tanggungjawab Induk. Tuntutan ini merangkumi tuntutan menengah termasuk bantuan perkapita dan asrama bagi peruntukan kerajaan.

Selain daripada itu, sekolah ini juga mengutip yuran sekolah yang terdiri daripada beberapa jenis yuran iaitu yuran khas, yuran bangunan dan yuran kertas, yuran majalah, yuran takaful dan derma PIBG.

Semua perkara ini dapat diperhatikan menerangkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus bagi aktiviti Pendidikan Menengah (Borang RE/Menengah). Anggaran Perbelanjaan Mengurus bagi aktiviti Asrama (Borang RE/Asrama) seperti dalam lampiran 2. Punca pendapatan bagi akaun sekolah .
2.1. Ahli Jawatankausa Kewangan Sekolah

Sekolah ini mempunyai jawatankuasa kewangan sekolah yang bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan sekolah ini. Terdapat tiga objektif utama jawatankuasa ini tentang pengurusan kewangan sekolahnya:
i. Untuk mengadakan kawalan yang ketat ke atas pungutan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh sekolah dengan cara teratur supaya tidak berlaku kesilapan dan kehilangan.
ii. Untuk menyenangkan pelaksanaan tugas pengetua terhadap perakaunan kewangan sekolah.
iii. Untuk membolehkan kedudukan sebenar perakaunan dan kewangan sekolah di ketahui pada masa-masa tertentu.

2.1.1 Jawatankuasa ini terdiri daripada :

2.1.1. Pengerusi : Pengetua.
2.1.2. N. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran.
2.1.3. Setiausaha : Pembantu Tadbir Kewangan.
2.1.4. Bendahari : Bendahari Dalaman Sekolah.
2.1.5. Ahli-ahli : Penolong Kanan (HEM)
2.1.6. Penyelia Petang.
2.1.7. Ketua Bidang.
2.1.8. Ketua Panitia.

2.2 Tuntutan Mengurus


"Sistem Terimaan" ialah tindakan yang diambil apabila menerima wang dari orang awam manakala "Sistem Pungutan" ialah tindakan yang diambil untuk mendapatkan hasil yang sepatutnya dipungut. Sistem pungutan ialah tindakan yang diambil untuk mendapatkan hasil yang sepatutnya dipungut. Sistem terimaan pula ialah tindakan yang diambil apabila menerima wang dari orang awam. Setiap sekolah perlu ada sistem pungutan dan terimaan yang baik bertujuan untuk menentukan terimaan diakaunkan dan disimpan dengan betul, untuk mengelak kehilangan wang akibat kegagalan memungut, kecuaian, penyelewengan dan kecurian, untuk mengelak surcaj , untuk menentukan tanggungjawab dan akauntabiliti.
Sebagai pengetua, beliau bertanggungjawab untuk memungut semua hasil yang sepatutnya diperolehi. Oleh itu, perkara-perkara berikut perlulah dilakukan semasa penerimaan wang awam seperti :
i. Mengeluarkan surat kuasa untuk menerima wang ( AP 69)
ii. Mengeluarkan notis kepada orang awam untuk meminta resit bagi tujuan pembayaran dan hanya menerima akaun terima pada resit yang bercetak dan bernombor (AP. 61)
iii. Bagi terimaan melalui pos, resit hendaklah dihantar pada hari yang sama.
iv. Catatkan resit dalam daftar kedatangan murid, borang serahan wang, buku tunai dan daftar terimaan wang harian.
v. Bankkan pungutan.


2.2.1 Kumpulan Wang Kerajaan (Menengah)

Kumpulan Wang Kerajaan (menengah) merupakan semua terimaan yang diperoleh daripada bantuan dan pemberian kerajaan dalam bentuk geran. Dalam konteks sekolah ini, ia merupakan bahagian waran yang dikekalkan dalam buku vot. Ianya termasuklah bantuan pendidikan (perkapita) dan bantuan modal . Apa-apa perbelanjaan yang dibuat daripada kumpulan wang ini hendaklah selaras dengan tujuan sesuatu bantuan atau pemberian itu. Pembantu Tadbir sekolah yang menjalankan tugas kewangan berkaitan Akaun. Tuntutan mengurus boleh dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu tuntutan untuk menangah dan asrama. Antara tuntutan bagi menengah yang dilakukan seperti gaji, elaun-elaun, KWSP, Imbuhan tahunan, tambang percuma, pengangkutan dan perjalanan, guru-guru tambahan, pengangkutan murid, LPBT, sewaan, penyelenggaraan bangunan, perabot dan kelengkapan, pakaian seragam, letrik dan air, penyelenggaraan kawasan dan kursus motivasi. Tuntutan bagi asrama pula meliputi gaji, elaun-elaun, KWSP, imbuhan tahunan, LPBT asrama, bantuan makanan, elaun waden, penyelenggaraan asrama dan pakaian seragam.

Tuntutan perkapita meliputi tuntutan untuk mata pelajaran dan bukan mata pelajaran. Antara matapelajaran dan bukam matapelajaran yang boleh dituntut berdasarkan perkapita ini ialah :
Sains Sosial dan Bahasa
Pendidikan Jasmani.
Pendidikan Seni.
Sains dan Matematik.
Sains Rumahtangga.
Sains Pertanian.
Perdagangan.
Kemahiran Hidup.
Matapelajaran Teknik.
LPBT / LPK
Perpustakaan.
Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
Pusat Sumber Pendidikan

Pembayaran perkapita ini bersandarkan kepada bilangan pelajar dalam sekolah tersebut. Disamping itu, kadarnya adalah berbeza antara menengah rendah dengan menengah atas. Nilai setiap pelajar bagi mata pelajar dan bukan mata pelajaran juga berbeza. Terdapat jadual khas untuk menentukan kadar setiap kategori sama ada bantuan mata pelajaran atau bukan mata pelajaran. Pembayaran peringkat pertama hanya dibayar seperuh sahaja daripada peruntukan sepenuhnya dan bakinya akan dibuat penyelerasan pada bulan Jun tahun berikutnya berdasarkan bilangan pelajar pada masa itu. Semua wang ini dimasukkan ke dalam akaun Buku Vot. Selain daripada bantuan perkapita, sekolah juga mengutip yuran (sukan, perpustakaan, kertas, majalah sekolah, derma, faedah bank dan sebagainya) daripada pelajar. Semua ini terdapat dalam lajer akaun sekolah / dana mission.

Perbelanjaan daripada pendapatan ini dilakukan mengikut peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan (mata pelajaran atau bukan matapelajaran). Dana mission digunakan untuk menjelaskan atau menampung peruntukan yang tidak mencukupi dari akaun kerajaan atau lain-lain perbelanjaan yang tidak terdapat dalam akaun kerajaan. Perbelanjaan dikawal oleh pengetua dan baki peruntukan yang tidak dibelanjakan akan dimasukkan ke dalam perbelanjaan tahun berikutnya sebagai punca pendapatan tahun berikutnya.

Pengetua juga telah melaksanakan tugasnya dengan baik dalam menguruskan perbelanjaan dan pembayaran terhadap barangan dan perkhidmatan yang dibeli. Begitu juga dengan urusan pembayaran gaji kakitangan kecuali pembayaran gaji kakitangan yang baru dan perubahan gaji kerana kenaikan skill gaji. Buku Tunai untuk akaun kerajaan, akaun suwa dan panjar runcit diuruskan dan diselanggara dengan memuaskan. Persediaan juga dibuat untuk audit akaun sekolah dan dari laporan audit , akaun sekolah ini selalu kemaskini seperti sepatutnya. Pembantu Tadbir dapat mengikuti arahan perbendaharaan seperti yang disyaratkan.

2.2.2 Kumpulan Wang Asrama.

Kumpulan wang asrama merupakan semua terimaan yang berkaitan dengan asrama, sama ada bantuan daripada kerajaan. Dalam konteks ini, apa-apa perbelanjaan yang dibuat daripada kumpulan wang ini hendaklah yang berkaitan dengan asrama sahaja.


2.2.3 Kawalan

Benar dan saksama dalam konteks pengurusan kewangan sekolah adalah merujuk kepada sejauh mana ia mematuhi prinsip-prinsip perakaunan diterima umum, akta-akta serta pekeliling kewangan, Arahan Perbendaharaan , dasar-dasar dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Setiap urusniaga mestilah dibuat dengan kelulusan dan dibuat atas kepentingan sekolah serta disokong dengan bukti-bukti yang objektif (dokumen sokongan. Perbelanjaan yang dibuat daripada sesuatu kumpulan wang tersebut hendaklah selaras dengan tujuan sesuatu bantuan atau berkaitan dengan kumpulan wang tersebut sahaja).

Kawalan Dalaman adalah merujuk kepada semua langkah-langkah kawalan yang diwujudkan dalam sesebuah organisasi untuk memastikan aktiviti-aktiviti organisasi itu berjalan dengan lancar untuk mencapai matlamat organisasi, melindungi aset-aset serta memperoleh rekod yang tepat dan boleh dipercayai. Kawalan dalaman terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah kaki tangan yang cekap, pertukaran/pusingan kerja, cuti tahunan, penentuan tanggungjawab, pengasingan tanggungjawab, dokumen sokongan sebagai bukti, adanya semakan dalaman semasa penyediaan baucer dan cek oleh kerani dan pengetua, serta pemeriksaan ke atas Buku Vot, baucer, LPO oleh jawatankuasa audit dalaman pada penghujung setiap bulan.
Kutipan Yuran / Derma Dari Pelajar (Dana Mission) dan Penyata Kewangan Sekolah bagi akaun simpanan semasa dan akaun simpanan tetap.

Kumpulan wang Dana Mission merupakan wang yang diterima oleh pihak sekolah selain daripada pemberian bantuan dari pihak kerajaan dan yang berkenaan dengan kumpulan wang asrama. Di dalam konteks SPS, antara puncanya termasuklah kutipan yuran khas, majalah, derma, insurans (takaful) dan yuran bangunan, sewa gelanggang dan sebagainya. Semua wang ini akan masukkan ke dalam akaun sekolah yang terdiri daripada akaun simpanan biasa dan akaun simpanan tetap. Lampiran 5 menunjukkan yuran sekolah yang dipungut pada tahun 2000 dan lampiran 6 menunjukkan lajar kutipan dari bulan Januari hingga Ogos 2000 bagi akaun sekolah atau dana mission.

Lembaga Pengurus Sekolah.

Lembaga pengurus Sekolah merupakan badan tertinggi peringkat sekolah yang menguruskan kewangan. Ia terdiri daripada 6 orang ahli iaitu seorang pengerusi, seorang naib pengerusi dan 4 orang ahli .

2.3 Konsep Buku Vot

Buku Vot ialah sebuah buku bagi merekod semua peruntukan belanja mengurus yang dikawal oleh Akauntan Negara (JAN) . Peruntukan belanja ini mencakupi gaji, elaun kerja lebih masa, KWSP, bonus, penyelenggaraan bangunan, pembelian perabot, pakaian seragam, bayaran elektrik, air, pembentungan, kawalan keselamatan, peruntukan mata pelajaran, LPBT Asrama, bantuan makanan, elaun waden, penyelenggaraan bangunan asrama, pekaian seragam (asrama), tambang percuma, sewaan, kursus motivasi dan elaun pindah rumah . Boleh dikatakan semua peruntukan wang kerajaan akan disimpan oleh JAN.

Peruntukan Vot ini jika tidak dibelanjakan dalam tahun itu akan dikembalikan kepada Pusat Tanggungjawab Induk iaitu Jabatan Pendidikan Negeri . Secara amnya buku vot hampir sama fungsinya dengan Buku Tunai cuma pecahannya sahaja yang berbeza. Setiap awal bulan pihak PTJ perlu menghantar pulangan Vot yang menerangkan kedudukan terakhir kewangan PTJ tersebut. Setiap terimaan atau perbelanjaan direkodkan dalam mukasurat yang sama bergantung kepada "Pecahan Kepala" yang telah ditetapkan.


2.3.1 Petikan Arahan Perbendaharaan Berkaitan Buku Vot.

i. Perkara 95 (AP) menyatakan seperti berikut:

Tiap-tiap pegawai pengawal atau pegawai yang diamanahkan mengawal mana-mana bahagian Maksud perbelanjaan atau kumpulan wang amanah, hendaklah menyelenggarakan sebuah Buku Vot yang menunjukkan dengan jelas pada bila-bila masa mengenai tiap-tiap program dan aktiviti atau projek di bawah mana-mana Maksud Perbelanjaan atau peruntukan di bawah kawalannya:
amaun yang dibenarkan bagi tahun itu, ditolak amaun yang diuntukkan kepada jabatan atau pejabat lain yang dipindahkan kepada program atau aktiviti atau projek lain dan ditambah kepadanya amaun yang diterima seumpama itu.
semua debit dan kredit kepada program dan aktiviti atau kumpulan wang itu mengikut bila ianya berlaku, serta dengan jumlah kemas kini mengenai perbelanjaan bersih.

ii. Baki peruntukan pada setiap masa.

Tanggungan mengikut bila ianya dilakukan. Cadangan bagi membuat peruntukan, pindah peruntukan dan pindahan hendaklah ditanda selesai setakat mana yang diselesaikan. Jumlah kemas kini tanggungan yang belum selesai hendaklah dicatat dan dilaraskan apabila tanggungan berubah

Apabila seseorang pegawai memperakui baucer untuk dibayar atau dilaraskan ia hendaklah menurunkan tandatangan ringkasnya dalam satu ruang yang diperuntukkan khas bagi maksud ini pada catatan yang berkenaan dalam Buku Vot dan memastikan bahawa tanggungan berkaitan jika ada telah ditanda selesai atau dikurangkan. Semua tanggungan yang belum selesai termasuk inden yang belum ditunaikan pada akhir tahun kewangan hendaklah dibawa ke hadapan ke dalam Buku Vot tahun yang baru.


iii. Perkara 143 (b) berkaitan penyesuaian Akaun Vot menyatakan Akauntan Negara sebagai pejabat perakaunan hendaklah menghantar tiap-tiap bulan laporan terperinci akaun vot kepada pegawai pengawal (pengetua), . Pengetua atau wakilnya hendaklah menyesuaikan urusniaga laporan terperinci dari pejabat perakaunan dengan rekod perakaunannya dan menyediakan penyata penyesuaian akaun untuk dikemukakan kepada pejabat perakaunan. Sebarang perbezaan di antara laporan terperinci hendaklah disiasat. Tindakan terhadap perbezaan tersebut hendaklah diambil dan dan pelarasan yang wajar hendaklah dibuat.

2.3.2 Tatacara Menyelenggarakan Buku Vot.
2.3.2.1. Bila terima waran, catatkan perolehan dalam buku vot (peruntukan tahun semasa), mengikut kepala objek.
2.3.2.2. Buat pembelian bagi perkara-perkara yang ada dalam anggaran, mengikut prosedur pembelian seperti biasa.
2.3.2.3. Masukkkan secara lengkap butiran-butiran mengenai pembelian / perbelanjaan tersebut dalam buku vot seperti nama pembekal, no. pesanan dan sebagainya.
2.3.2.4. Sediakan baucer dan hantarkan baucer beserta invois kepada Akauntan Negara .
2.3.2.5. Akauantan Negara akan menyemak baucer-baucer tersebut, jika lengkap dan patuhi peraturan, beliau akan sediakan cek untuk dihantar terus kepada pembekal tanpa melalui sekolah.
2.3.2.6. Di akhir bulan, Akauntan Negara akan menghantarkan satu laporan terperinci (FILMSE) iaitu penyata akaun tentang apa yang dibelanjakan.
2.3.2.7. Pihak sekolah akan menyemak dan membuat penyesuaian dengan buku vot Satu penyata penyesuaian akan disediakan dan dihantar kepada Akauntan Negara .

2.3.3 Kandungan Buku Vot
2.3.3.1. Kandungan Buku Vot adalah seperti di bawah :
2.3.3.1.1. Bil. Urusan Niaga
2.3.3.1.2. Tarikh
2.3.3.1.3. Butir-butir
2.3.3.1.4. Kod PAK / Vot / Jabatan.
2.3.3.1.5. Kod PTJ
2.3.3.1.6. Kod Amanah
2.3.3.1.7. Kod Projek / Setia
2.3.3.1.8. Kod CP
2.3.3.1.9. Kod SODO
2.3.3.1.10. No. Baucer / Rujukan lain / No. kelompok
2.3.3.1.11. DebitKredit
2.3.3.1.12. Tanggungan / Dikenakan / (Dijelaskan)
2.3.3.1.13. Baki peruntukan PTJ / JAN.


3. PERBELANJAAN DAN PEMBAYARAN

Definisi Pembelian Kerajaan ialah membeli barangan atau perkhidmatan dengan penggunakan peruntukan kerajaan. Pembelian perlulah dirancang dan mengambilkira jumlah peruntukan yang akan diperoleh, kuantiti yang diperlukan, kualiti barangan serta khidmat lepas jualan, kesesuaian barang dan yang mustahak sekali ianya patuh kepada Arahan-arahan, peraturan-peraturan serta dasar kerajaan. Dokumen-dokumen yang terlibat ialah borang permintaan, pesanan rasmi (pesanan tempatan), nota serahan, bil atau invois, baucer. Rekod-rekod yang terlibat ialah Buku Vot, Buku Daftar Pembelian dan Pemiutang, Borang-borang stor.
Peruntukan yang diterima dan sedia dibelanjakan untuk aktiviti Pendidikan Menengah seperti lampiran 11 manakala lampiran 12 menunjukkan peruntukan yang diterima untuk aktiviti Asrama.
Definisi Tatacara Pembayaran ialah langkah-langkah yang perlu dipatuhi oleh sekolah untuk melakukan pembayaran bersandarkan kepada Arahan Pembendaharaan yang sedang berkuatkuasa. Pembayaran yang akan dilakukan oleh sekolah ini boleh diambil dari mana-mana peruntukan yang dibenarkan sama ada peruntukan kerajaan atau wang dana mission. Tatacara Pembayaran yang dilakukan oleh Pembantu Tadbir dan disahkan oleh pengetua memenuhi AP. 92 - 110 adalah seperti berikut :
Bil atau invois diterima dalam bulan berikutnya barangan dibekalkan.
Dibayar tidak lewat dari sebulan daripada tarikh menerima invois.
Pesanan Tempatan (LPO) dan invois disahkan dengan sewajarnya oleh pengetua.
Sediakan Baucer Bayaran dan rekod dalam Buku Vot.
Kemaskinikan Daftar Pembelian dan Sipiutang atau Bil.

3.1 Perbezaan Pesanan Dan Pembelian

Pesanan dan Pembelian ialah 2 proses yang berbeza. Pesanan ialah proses memesan barangan atau perkhidmatan yang dikehendaki setelah menimbang keperluan berasaskan mustahak, penting dan utama serta mengambil kira peruntukan sedia ada, kegunaan, stok masih ada, tempat simpanan, tempoh perolehan, pembekal, ketahanan barangan dan pasaran. Setelah semua faktor diambilkira maka pembelian bolehlah dilakukan dengan memesan terlebih dahulu.

Pengetua mengarahkan Pembantu Tadbir melakukan pesanan dengan menghantar Borang Pesanan kepada pembekal. LPO dihantar balik oleh pembekal kepada pihak sekolah. Sekolah membuat pembayaran kepada barangan / perkhidmatan tadi dan penerimaan barangan dari pembekal. Penerimaan akan dilakukan oleh Pembantu Tadbir dengan menyemak butiran dengan LPO dan inbois yang dihantar.

Kecacatan disenaraikan dan diasingkan untuk dikembalikan kepada pembekal. Pengesahan dilakukan di atas LPO dan Invois. Pembantu Tadbir juga akan merekodkan barangan tersebut ke dalam daftar inventori atau stok bergantung kepada jenis barangan tersebut dan seterusnya penyimpanan barangan tersebut ke tempat yang selamat bergantung kepada kategori barangan sangat menarik, menarik dan tidak menarik, ketahanan barangan dan kebahayaan barangan tersebut.

3.2 Dasar Kerajaan Mengenai Pembelian

Kerajaan Malaysia mempunyai beberapa dasar berhubung dengan perkara pembelian ini. Ini bermakna wang yang disalurkan oleh kerajaan haruslah memenuhi dasar tersebut samasa kita membelanjakannya. Antara dasar kerajaan tersebut ialah :
Memenuhi kehendak Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Meningkatkan pelaburan asing dan pemindahan teknologi.
Mengutamakan syarikat bumiputera.
Perdagangan dikalangan negera-negara Asean.
Perdagangan timbal balas dan lain-lain.

3.3 Tanggungjawab Pegawal Pengawal / Pengetua

Pengetua yang telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kewangan kerajaan pada peringkat sekolah haruslah mematuhi Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Jabatan Akauntan Negara dan Pekeliling Kementerian Pendidikan berhubung tatacara kewangan. Sebelum sesuatu pembelian dilakukan, pengetua perlulah memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi iaitu :
Memahami dan mematuhi peraturan.
Menentukan peruntukan mencukupi
Membuat perancangan yang lebih awal.
Memberitahu pihak berkenaan mengenai pembelian.
Menyimpan akaun dan rekod-rekod yang diwajibkan.
Menyelia, menyelenggara dan mengawal barangan / perkhidmatan yang dibeli.
Membayar mengikut peraturan yang ditetapkan
Membuat kajian pasaran.

3.4 Proses Pembelian Dan pembayaran

Memaklumkan kepada pembantu tadbir, ketua panitia dan ketua unit untuk mengemukakan keperluan tahunan masing-masing.
Merancang pembelian – menentukan status keperluan, kuantiti dengan mengambilkira peruntukan, kegunaan, stok masih ada, tempat simpanan, tempat perolehan, tempoh perolehan, pembekal, ketahanan barang, dan pasaran
Menentukan cara perolehan, sama ada pembelian melalui kontrak pusat, tunai runcit, pembelian terus, melalui sebut harga atau melalui tander.
Memesan dengan mengeluarkan pesanan tempatan (LPO), mengikut tatacara dan peraturan yang sepatutnya dan memanjangkan kepada pembekal.
Menerima barang, membuat penyemakan dari segi item, kuantiti, ketiadaan kecacatan serta membuat pengesahan penerimaan (pesanan penghantaran)
Mengkategorikan barang , menyimpan di tempat sesuai, serta menyelenggarakan rekod.
Menerima invois, membandingkan dengan pesanan tempatan, menyediakan baucer untuk pembayaran (dalam tempoh sebulan daripada tarikh menerima invois), serta merekod dalam buku vot. Baucer difailkan mengikut kumpulan wang mengikut siri urutan.

Wang Kerajaan

Perbelanjaan wang kerajaan memerlukan beberapa dokumen seperti baucer bayaran, LPO, inbois dan sebagainya. Pembelian ini boleh dilakukan melalui beberapa cara seperti dilakukan oleh sekolah ini iaitu :

Belian Terus

Pembelian Terus iaitu pembelian yang kurang dari RM 20,000.00 dan dipesan dari syarikat yang menawarkan harga yang setimpal / berpatutan dengan kualitinya. Jika nilai belian tersebut melebihi RM 10,000.00 syarikat tersebut mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan. . Pembelian terus ini hanya melibatkan barangan yang kurang daripada RM20,000.00. Belian terus paling kerap dilakukan oleh sekolah ini. Pembelian ini dilakukan oleh kerani kewangan dengan mengeluarkan LPO kepada pembekal yang membekalkan barangan. Pengetua akan mengesahkan LPO tersebut sebelum diserahkan kepada pembekal. Setelah pembekal menerima LPO yang memerlukan barangan, pembekal akan menghantar barangan dan melengkapkan borang LPO.
LPO tadi akan diserahkan kepada kerani kewangan untuk tujuan pembayaran. Setalah barangan dan LPO diterima satu inbois akan disertakan bersama. Pada inbois satu pengesahan akan dilakukan oleh orang yang menerima barangan tersebut. Proses pembayaran selanjutnya akan dilakukan oleh pembantu tadbir berdasarkan lampiran 13. Lampiran 14 pula merupakan satu contoh penuh bagi pembayaran cara belian terus ini.

Belian Sebutharga

Pembelian Melalui Sebutharga - iaitu pembelian melebihi RM20,000.00 tetapi tidak melebihi RM50,000.00. Pembelian ini memakan masa yang agak panjang kerana prosesnya yang rumit seperti mengeluarkan notis sebutharga, menghantar Lampiran Q kepada pembekal ( tidak kurang dari 5 pembekal), sediakan peti sebutharga, dibuka oleh Jawatankuasa Sebutharga yang terdiri sekurang-kurangnya 2 orang, diluluskan oleh Jawatankuasa Sebutharga sekurang-kurangnya 3 orang (salah seorang adalah pengetua), memaklumkan setuju terima kepada pembekal yang telah dipilih / berjaya. Pembelian melalui sebutharga dilakukan terhadap barangan atau perkhidmatan yang melebihi RM10,000 tetapi kurang daripada RM50,000. Biasanya perolehan ini dilakukan berhubung pembaikan asrama atau bangunan, penyelenggaraan kawasan dan sebagainya. Proses sebutharga ini adalah seperti lampiran 15.
Belian Melalui Kontrak Pusat.

Pembelian Melalui Kontrak Pusat iaitu kontrak yang diuruskan oleh Perbendaharaan dengan rasional pembelian secara banyak mendapat harga yang murah. Ini kerana barangan atau perkhidmatan ini akan digunakan oleh semua agensi, mengurangkan waktu menguruskan sebutharga atau tender dan keseragaman atau gunasama. Pembelian melalui kontrak pusat biasanya melibatkan perolehan seperti kertas, makanan basah (ikan) dan kering (barangan dapur) dan sebagainya. Kontrak pusat dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Pembelian berdasarkan senarai harga yang telah dipersetujui antara pembekal denga kerajaan. Tatacara pembayarannya adalah seperti lampiran 16 iaitu membeli beras yang merupakan kontrak pusat dilakukan oleh JPNS untuk bantuan makanan asrama.
Pembayaran Gaji dan Elaun

Penyediaan Lembaran Gaji adalah satu proses untuk mencatatkan segala bentuk amaun yang perlu dibayar kepada semua kakitangan mengikut bulan semasa oleh Jabatan Akauntan Negara (JAN) untuk memasukkan gaji pokok dan lain-lain elaun serta potongan kepada setiap kakitangan yang terdapat di sekolah tersebut melalui arahan pindahan bank (sistem berkomputer).

Penyediaan Lembaran Gaji dilakukan 2 bulan lebih awal dari pembayaran sepatutnya oleh Pembantu Tadbir dan disahkan oleh pengetua. Lembaran gaji ini perlulah sampai ke JAN pada atau sebelum 10hb. bulan tersebut. Segala perubahan gaji dilakukan dengan menggunakan borang Kew.8 (perubahan gaji). Segala perubahan gaji yang berlaku selepas Lembaran Gaji dibuat hanya akan dikemaskini 2 bulan selepas itu. Bagi kes perubahan gaji tersebut, tuntutan pembayaran akan dilakukan oleh Pembantu Tadbir dan akan dimasukkan ke dalam menyata gaji bulan ke tiga atau boleh juga di buat pembayaran melalui Baucer Bayaran. Perubahan gaji yang berlaku terutamanya pembayaran gaji Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dilakukan dengan menggunakan Baucer Bayaran (Kew.304). Mereka akan menerima cek daripada pihak sekolah.
Perubahan Gaji yang biasa dilakukan ialah semasa kenaikan gaji iaitu bulan Januari, April, Julai atau Oktober, Pelarasan Gaji semasa kenaikan gaji, Perubahan Mata Gaji kerana kenaikan pangkat dan potongan (pinjaman perumahan, pinjaman pelajaran, pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, Amanah Saham Nasional, Tabung Haji, Koperasi dan sebagainya ) yang dipohon oleh guru-guru.

Pembayaran gaji dan elaun seperti KWSP, Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Elaun Wilayah(BIW), Elaun Perkhidmatan Awam(EPA) dan Elaun Tanggungjawab (ETJ). Pembayaran ini dilakukan oleh pihak sekolah dengan menggunakan beberapa borang seperti kew.8 dan sebagainya. Selain daripada itu, pihak sekolah juga melaksanakan perubahan gaji kakitangan yang mengalami perubahan gaji berkaitan dengan kenaikan gaji tahunan, kenaikan pangkat, dan sebagainya. Prosesnya adalah seperti lampiran 17. Penyediakan pembayaran dan perubahan gaji ini dapat dilihat dalam lampiran 18 manakala pembayaran elaun seperti lampiran 19.
Pembayaran Waran Perjalanan Udara Awam (WPU)

Pembayaran Waran Perjalanan Udara Awam (WPU) dilakukan bagi pegawai-pegawai yang menggunakan kemudahan ini bagi menjalankan tugas rasmi di luar jabatan. Proses ini seperti lampiran 20. Contoh tuntutan oleh pihak Penerbangan Malaysia bersama Waran Perjalanan Udara Awam seperti lampiran 21.
Memohon Peruntukan Tambahan.

Memohon Peruntukan Tambahan dilakukan oleh pihak sekolah sekiranya terdapat peruntukan asal sudah habis dibelanjakan. Peruntukan tambahan ini dimajukan kepada JPNS untuk dipertimbangkan dan diluluskan. Biasanya peruntukan tambahan yang diluluskan berkaitan sewaan, gaji, elaun, pengangkutan dan perjalanan, elaun perpindahan, penyelenggaraan bangunan dan sebagainya. Contoh surat permohonan peruntukan tambahan seperti lampiran 22.

3.2.7 Pembelian Melalui Tender

Pembelian Melalui Tender iaitu pembelian yang melebihi RM 50,000.00. Prosesnya juga rumit seperti mengeluarkan iklan dalam akhbar, diterima dengan sampul berlakri, dimasukkan ke dlaam peti tender, dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Tender, diluluskan oleh Jawatankuasa Tender dan memaklumkan dan menandatangani setujuterima tender oleh syarikat / pembekal yang berjaya. Contohnya ialah seperti tender membina bangunan tambahan sekolah. Sekolah ini tidak menjalankan pembelian jenis ini kerana kuasa yang diperuntukan adalah terhad kepada perolehan di bawah RM50,000 sahaja.

3.2.8 Pembelian Dharurat

Pembelian Dharurat - iaitu pembelian yang dilakukan semasa kecemasan dengan andaian kelewatan akan menjejaskan kepentingan awam. Prosudur biasa pembelian diketepikan dan tiada had sekatan nilai. Pengetua perlu menghantar laporan kepada Pegawai Pengawal dalam tempoh sebulan untuk dimajukan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Contoh pembelian ini seperti semasa kecemasan seperti banjir. Sekolah ini belum pernah menjalankan pembelian dharurat setakat ini walaupunm terdapat kuasa untuk berbuat demikian.

Bayaran Balik Wang Awam / Amanah dilakukan apabila berlaku lebihan pembayaran kepada kakitangan yang layak seperti cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, yuran asrama dan sebagainya. Pembayaran ini akan dilakukan melalalui bank berdasarkan kod yang diberikan. Pihak bank akan memasukkan wang tersebut kepada perbendaharaan negara.

Akaun Sekolah / Dana Mission dan Proses Tuntutan Dana Mission

Wang dari akaun dana mission ini diperolehi dari yuran sekolah iaitu yuran khas, yuran bangunan dan yuran kertas iaitu kutipan dari pelajar. Surat kebenaran mengutip wang akan dikeluarkan kepada guru-guru yang terlibat seperti mana arahan dalam AP 69. Wang ini akan direkodkan dalam lajar-lajar pecahan seperti yuran tersebut dan disatukan dalam akaun sekolah. Selain daripada itu, sekolah juga mendapat derma-derma tertentu daripada orang ramai yang dimasukkan juga dalam dana ini. Seorang bendahari dalaman bertanggungjawab menyelia akaun sekolah disamping dibantu oleh pembantu tadbir. Akaun ini boleh diperhatikan dalam lampiran 26.

Akaun Sekolah / Dana Mission boleh dibelanjakan dengan kelulusan Lembaga Pengurus Sekolah, Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran. Wang yang hendak dibelanjakan melalui proses yang ketat. Seseorang pegawai yang memerlukan wang ini perlulah menyediakan anggaran perbenlanjaan yang lengkap sebelum wang yang dikehendaki akan dikeluarkan. Segala perbelanjaan yang menggunakan wang ini akan disokong dengan resit-resit pembelian. Segala perbelanjaan ini akan disemak oleh bendahari dalaman sebelum direkod dalam lejer tertentu di mana wang dikeluarkan. Proses pengeluaran wang dari akaun ini dilakukan oleh pembantu tadbir dengan disahkan oleh pengetua atau penolong kanan pentadbiran.

Pengurusan Kewangan Peperiksaan

Pengurusan Kewangan Peperiksaan dilakukan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Setiausaha Peperiksaan serta dibantu oleh guru tingkatan. Guru tingkatan akan memugut wang pendaftaran pepriksaan (PMR atau SPM) daripada pelajar. Setelah selesai pungutan, wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun sekolah buat sementara dan dikeluarkan bila semua pelajar sudah membayarnya. Kerani kewangan akan mengeluarkan sejumlah wang dan membuat bank draf berdasarkan bilangan pelajar. Bank draf ini akan dimajukan kepada JPN bersama disket pendaftaran peperiksaan pelajar. Bagi pelajar yang tidak mampu mebayar selepas tarikh akhir akan ditampung dengan menggunakan wang dari akaun sekolah / dana mission

Daftar Terima Barangan dan Pelupusan

Daftar Terima Barangan dilakukan apabila sekolah menerima barangan yang dipesan daripada pembekal bergantung kepada jenis barangan yang dibeli sama ada harta modal, inventori dan bekalan pejabat. Kod barangan akan diberi kepada setiap harta modal dan inventori yang diperolehi sebelum ditempatkan ke bahagian yang membelinya. Proses ini akan dilakukan oleh pembantu tadbir atau ketua panitia. Pelupusan pula dilakukan mengukut prosidur yang ditetapkan oleh perbendaharaan. Pelupusan barangan yang biasa dilakukan seperti pelupusan barang-barang makmal dan pelupusan kerusi meja. Prosesnya adalah seperti lampiran 29.

Elaun-Elaun Dalam Perkhidmatan

Oleh kerana sekolah ini adalah PTJ sendiri, maka tidak ketinggalan juga untuk membayar elaun-elaun yang layak kepada guru-guru yang menjalankan tugas rasmi menggunakan peruntukan pengangkutan dan perjalanan. Pemberian elaun ini tidak tetap dan mengikut arahan dari masa ke semasa.

Asas Pemberian Elaun

Perkara-perkara berikut merupakan asas kepada pemberian elaun dalam perkhidmatan awam termasuk guru-guru di sekolah. Antara asas-asas tersebut ialah :
Pemberian elaun merupakan satu keistimewaan yang diberi untuk mendorong anggota berkhidmat dengan lebih cemerlang.
Berasaskan 4 prinsip yang meliputi tidak sejagat (bergantung kepada status anggota), tidak kekal (menentukan elaun dibayar secara sementara), tidak biasa (diberi dalam keadaan tertentu) dan kesaksamaan (diberi kepada anggota yang layak secara adil).
Kriteria Pemberian Elaun bersandarkan kepada kepakaran, kemahiran, kepentingan sesuatu perkhidmatan, bayaran balik perpelanjaan, tanggungjawab tambahan, kos sara hidup, resiko kerja, kesusuhan, galakan dan keanehan tugas atau perkhidmatan.

Kebiasaannya elaun Imbuhan Tetap dan Bayaran Insentif telah dimasukkan terus ke dalam penyata gaji. Elaun yang biasa dituntut oleh guru dan kakitangan di peringkat sekolah seperti berikut :
Elaun Tugas Bertugas Rasmi seperti Bayaran Sewa Hotel / Elaun Lojing. Elaun Makan, Elaun Lojing Dreber, Elaun Perjalanan Kenderaan, Elaun Harian, Elaun Basikal, Elaun Perjalanan Motobot / Motosangkut.
Elaun Bertukar atau Berpindah Rumah meliputi elaun perbelanjaan pengangkutan barang-barang, tambang pegawai/keluarga, tambang orang gaji, elaun makan hari bertukar, bayaran sewa hotel / lojing semasa bertukar, pemberian perpindahan, tuntutan perbatuan semasa bertukar dan elaun pindah rumah berdasarkan pekeliling
Elaun-elaun kerana berkursus meliputi elaun-elaun yang layak seperti Elaun kursus latihan yang diakui, elaun tanggungan keluarga, tamang pengangkutan barang-barang, tambang perjalanan (elaun perjalanan kenderaan atau pengangkutan awam) seperti Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 1995.
Bantuan Menguruskan jenazah dibrikan kepada waris terdekat di mati dengan kadar RM1000.00 dan bayaran pengangkutan jenazah sekiranya kenderaan jabatan tidak digunakan. Kemudahan ini diperolehi semasa pengenalan Sistem Saraan Baru (SSB).
Elaun Lebih Masa biasanya tidak terdapat di sekolah kecuali arahan khusus dikeluarkan oleh PTJ untuk membayar elaun ini kepada pegawai-pegawai yang layak atas sebab tugas-tugas yang mendesak dan segera. Setakat ini guru-guru belum dapat menikmati kemudahan ini kecuali para kerani dan pegawai-pegawai di jabatan.
Kemudahan Perjalanan seperti kemudahan perjalanan dengan kapalterbang, tambang pengangkutan awam, elaun tambang gantian, tambang perjalanan bagi penempatan selepas lantikan pertama, tambang berkursus di Malaysia , tambang berkursus sebarang laut, tambang calon perkhidmatan kerajaan dan elaun tambang keluarga pegawai berkursus.
Elaun Bertugas Di Seberang Laut meliputi elaun-elaun yang layak seperti elaun pakaian panas, elaun makan dan sewa hotel dan elaun runcit.

4. AUDITAN

Auditan yang dilakukan di sekolah ini dilakukan dalam 2 bentuk yang berasingan iaitu audit luar dan audit dalam.
Audit Luaran

Audit luar tidak akan datang ke sekolah membuat auditan tetapi auditan yang dilakukan lebih tertumpu di JAN . Berdasarkan baucer bayaran yang dibuat oleh pihak sekolah, bahagian audit dapat mengesan kelemahan sistem kewangan sekolah. Audit yang dilakukan hanya melibatkan wang peruntukan kerajaan sahaja. Biasanya tiada masalah yang akan dihadapi kerana setiap pembelian dan pembayaran telah disemak terlebih dahulu oleh JAN sebelum sesuatu pembayaran dilakukan atau diluluskan oleh JAN. Pembayaran tidak akan dibuat oleh JAN sekiranya dokumen yang disertakan tidak lengkap atau tidak mengikut tatacara kewangan masa kini.

4.2 Audit Dalaman

Auditan dalaman lebih menumpukan kepada wang dana missin sahaja. Seorang bendahari dalaman dan pembantu tadbir yang bertanggungjawab terhadap akaun ini akan menyediakan keperlan auditan kepada 2 orang guru yang dilantik pada hujung tahun. Akaun ini sebelum diaudit akan disahkan oleh Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran. Segala perbenlanjaan akan ditunjukkan dalam lajer dan disokong dengan resit-resit pembelian dan penerimaan.

5. TUTUP AKAUN

Tutup akaun bagi sekolah mission ini dilakukan melalui 2 cara yang berbeza. Perbezaan ini berlaku disebabkan cara pengurusan kewangan yang diamalkan. Penutupan ini melibatkan wang dana mission dan wang peruntukan kerajaan. Tarikh akhir tutup akaun bagi kedua-dua wang peruntukan ini berakhir pada 31 Disember setiap tahun. Terdapat 10 hari lagi selepas 31 Disember bagi peruntukan kerajaan yang boleh dilakukan pembayaran dikenali sebagai "Akaun Boleh Bayar". Walaupun demikian, pembelian tersebut mestilah dilakukan sebelum 31 Disember tahun tersebut. Penutupan akaun bagi peruntukan kerajaan dilakukan oleh JAN dan JPN.

Pihak sekolah tiada banyak urusan dalam penutupan akaun kerana semuanya diuruskan oleh pihak yang mengawal pembayaran. Tugas sekolah hanya sekadar menyediakan laporan seperti lampiran 30 yang menunjukkan baki terakhir vot sekolah ini. Penutupan akaun bagi dana mission pula dilakukan diperingkat sekolah. Penutupan akaun dana mission hanya memerlukan pengesahan dari kerani kewangan dan Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran.

Tugas Jabatan Akauntan Negara.

Jabatan Akauntan Negara melalui penyata yang disahkan oleh pihak sekolah setiap bulan akan membuat pulangan baki waran yang masih ada berdasarkan pecahan objek ke JPN

Tugas Jabatan Pendidikan

Tugas Jabatan Pendidikan Negeri akan mengumpul semua baki peruntukan ini dari semua sekolah sebelum memulangkan baki peruntukan ini ke Kementeriaan Pendidikan Malaysia. JPN juga akan menyemak baki peruntukan yang diagihkan berdasarkan pulangan vot yang dikirimkan kepada mereka setiap awal bulan

Rencana ini adalah merupakan maklumat tambahan. Ia dipetik dan disunting dari Laman Web.Ada beberapa perkara yang tidak diamalkan diJPN Kedah atau telah ketinggalan. Bagi Sekolah-sekolah di JPN Kedah sekiranya terdapat sebarang keraguan dan kemushkilan sila rujuk semula di Unit Kewangan Dan Akaun.

Rencana Asal : http://www.geocities.com/padeat68/Kajian_kes_SPS.htm

anda mungkin juga meminati


Get this widget here

Klik pada older post

untuk ke muka sebelah