Bungaku Terkurung, Terhukum

Mawar,
Hidupmu di dalam balang kaca
Tertutup kedap menyimpan rahsia
Bunga kasihku, bunga larangan
Disebalik kaca tersembunyi rintihan
Mengarap secebis pengertian
pada mata yang memandang

Mawar,
Jasadmu hanya mampu ku lihat
Namun tidak mampu ku sentuh
Sesungguhnya keharumanmu intan
kan tetap tersemat di setiap rongga ku
Dibenakku kau sentiasa kudambakan
Ketawa dan tangismu bersatu di dalam naluriku
memujamu sayang satu perjanjian

Mawar,
Hari ini kulihat
Seekor Kumbang membuka balang kaca mu
Mahu jadi teman, kekasih selamanya
mendapatkan apa yang tidak mampu ku gapai
Lantas kau hulurkan jasad dan nyawa untuk disayangi
Kelihatan garis wajahmu makin indah

Mawar,
Jiwaku direndam cinta dan kasihmu
Lemas tenggelam dalam kerinduan
Lalu terdampar dalam sendu
Tidak ku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan pilahanmu
Sesungguhnya aku yang terkurung dalam bayangmu

Mawar,
Sudah tertulis suratan yang Maha Esa
Mana mungkin Mawar berganding dengan Pungguk
Hanya kerna Punguk merindui Bulan
Hakikatnya Kumbang Jingga milik Mawar Merah

nukilan : Mawarmerah_99

Ustaz Asri Rabbani pergi tak kembali


Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Berikut pula adalah catatan terakhir arwah dalam blog beliau


28feb 2009.kenangan manis.. dpt bersama sama dgn mereka semua dlm konsert yg kami sendiri anjurkan.moga moga peristiwa ini juga kenangan manis buat mereka semua...syukran yg tak terhingga buat mereka semua...moga sudi bersama lagi.

Takziah kepada keluarga Allayarham dan

Alfatihah kepada Allahyarham...

Assalammualaikumm...

Saya memohon kemaafan buat pembaca Blog Mawar Merah kerana saya tidak dapat menyiarkan artikel-artikel menarik buat sementara waktu. Saya akan menghadiri Kursus Kewangan di Pangkor mulai 2/8/2009 sehingga 6/8/2009. Harap-harap kita jumpa kembali di Blog nie seminggu lagi ye. Sabar dengan kemunculan gambar dan post-post menarik dari Pangkor nanti. Insyaallah. Doakan semoga saya selamat pergi dan pulang nanti ye di dalam menimba ilmu. Jangan malu, gunakanlah kemudahan yang ada di dalam Blog saya ini nanti. Kalau sudi tu, tinggalkanlah kenangan anda dalam bentuk apa jua di dalam blog saya ini. Saya menghargai kesudian anda melayari Blog saya ini.

Dikau Bunga Kasihku

Mawar,
didedaunmu mengalir titis-titis ehsan
durimu bagai penawar kerinduan
debungamu menebarkan kasih sayang
kudup kembangmu mekar tercipta kesetiaan
warnamu bunga menyinarkan kejujuran
menghidu bau mu umpama kedamaian
kelembutanmu mengamit ketabahan

Mawar,
Bila disentuh terasa hangat cintamu
namun.. bila didakap kau menghilang
Betuah sungguh pengubah setia
setuhannya penuh rasa bahagia

Mawar,
Lalu tersentak ku dari igauan
tumbuhmu sayang hanyalah kenangan
dikau bunga impian, bunga kasihku

Mawar,
Disitu ku lihat dikau
terzahirnya hidupmu penuh sengsara
tiada harum, tiada berbunga
pudar warnamu dipanah mentari
keindahan wajahmu, tiada lagi seri
luka...bisa tertusuk duri sendiri
hidup layu pendam kepiluan

Mawar,
Andai terpisah harum dan kelembutanmu
hilanglah ilham, musnahlah pujangga
usahlah menangis sayang
kan ku sapu air matamu bunga
menjadi penyeri hidupku
kaulah bunga kasihku

Mawar,
tapi apakan daya....hakikatnya
aku hanyalah serangga di taman belantara
takdir hidupku tercipta untuk diri-Nya

nukilan:mawarmerah_99

anda mungkin juga meminati


Get this widget here

Klik pada older post

untuk ke muka sebelah