Majlis Perkahwinan Cikgu Rusliza


Renjis2 dipilis.....ditepungilah tawar....Hai beras kunyit di tabur....disirami air mawar.........Tahniah buat Rusliza yg dgn rasminya telah bergelar isteri org hari ini (10.12.2009). Semoga kekal ke akhir hayat.

Terima kasih di atas kesudian menjemput kami warga pejabat SMKAB ke majlis yang cukup meriah ini. Makanan memang best. Ala kampung...Sempat juga bergambar bersama-sama Pn. Ainon, Kak Siti, Kak Basarah, Liza, Kak Arah, Kak Mas anak beranak.

Terima kasih segalanya

Penempatan aku di SMK Agama Baling adalah satu rahmat buat aku. Inilah yang aku nak kan selama ini. Tanggal 16.10.2009 adalah satu tarikh yang tak mungkin aku lupakan. Tarikh permulaan yang membawa aku ke tangga kejayaan kelak...Insyaallah. Walaupun penempatan aku membuatkan ada hati yang terguris. Tapi..percayalah bukan itu pintaku..sudah ketentuan Ilahi. Kita sebagai hambanya kenalah terima hakikat Qada dan Qadar dari-Nya. Buat kawan2..terima kasih diatas sokongan kalian. Bukan niat untuk merahsiakan segalanya..cuma..ingin menjaga hati orang lain. Tetapi..aku tahu, ramai yang agak sukar untuk melepaskan aku pergi kan..? Tapi..apalah kepentingan aku di sini..? Rupa-rupanya masih ada yang sayang....

Import dari Seremban




Terima kasih di atas kesudian mak, Hafiz dan Arif kerana sama-sama beraya dengan kami sekeluarga di sini. Tahun depan kita raya di Seremban plak. Jangan serik datang lagi..

Sirih Junjung Pengikat Janji

 
Posted by Picasa

anda mungkin juga meminati


Get this widget here

Klik pada older post

untuk ke muka sebelah