Cinta Balqis



‘Cinta Balqis’ yang mengisi slot Akasia TV3 mengisahkan percintaan tiga segi yang cukup tragis. Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia kerana dia tahu cuma itu sahaja cara cintanya terhadap Balqis tidak dihalang. Selepas bernikah, Ezani membawa pulang Balqis ke rumah dengan harapan keluarganya akan merestui perkahwinan itu. Akan tetapi,pergaduhan besar telah berlaku kerana Tuan Baharom tidak setuju dan diatelah menghalau Ezani keluar dari rumah.





Bermula dari itu, Ezani telah membawa Balqis pergi dari situ bagi memulakan hidup baru. Malang menimpa apabila mereka ditimpa kemalangan dan Ezani telah menemui maut. Episod hidup Balqis pula penuh dengan duka semenjak kejadian itu.

Wali dalam pernikahan

Sebuah hadis yang diriwayatkan Tirmizi dari Abu Musa Asya'ri bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tiada nikah melainkan dengan wali".

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Aishah bahawa Nabi SAW bersabda: "Mana-mana perempuan yang berkahwin dengan ketiadaan izin walinya, maka nikahnya adalah batil (batal), maka nikahnya adalah batil, maka nikahnya adalah batil".

Begitu juga keperluan dua saksi bagi menghalalkan pernikahan itu, sabda Rasul SAW melalui hadis Ibnu Abbas bermaksud: "Bermula perempuan yang berkelakuan sundal itu ialah mereka yang menikahkan dirinya tanpa saksi". (Tirmizi, Sahih).

Imam Ahmad berpendapat adalah harus seorang lelaki dan dua perempuan sebagai saksi. Namun demikian beliau tidak bersetuju jika ketiadaan saksi. Imam Syafi'e di dalam kitabnya Al-Um memuatkan sebuah hadis dari Nabi SAW bermaksud: "Tiada sah nikah melainkan dengan wali dan dua saksi yang adil".

Inilah apa yang dilakukan sahabat Nabi SAW sebagai respons kepada banyak hadis yang bermaksud demikian. Ia juga dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas dan sahabat lain menyebut: "Tiada sah nikah melainkan dengan dua saksi yang adil dan wali yang bijak". Pendapat ini juga disokong oleh Zubaidi di dalam syarah Ihya'. Begitu juga disebut oleh Imam Ghazali di dalam kitab Al-wajiz: "Tiada dikira nikah melainkan dengan adanya dua saksi yang adil dan tiada permusuhan antara saksi dan kedua mempelai".

Saidina Umar pernah membatalkan perkahwinan yang bersaksikan seorang lelaki dan seorang perempuan, seraya berkata: "Jika sekiranya sudah bersatu antara keduanya (yang berkahwin), nescaya akan aku rejam mereka". Apatah lagi jika ketiadaan seorang pun sebagai saksi pada majlis akad berkenaan.

Jika sekiranya berlaku pernikahan seperti yang disebut penyoal tadi, maka kedua pihak diwajibkan bernikah semula dengan cara yang sah termasuk membayar mahar seperti kebiasaan mengikut bayaran semasa. Maka di dalam soal ini pihak berwajib akan menyelesaikan masalah itu dengan penuh kebijaksanaan jika ia membabitkan soal kekeluargaan dan perlu memberi pengajaran kepada mereka yang berniat melakukannya pada masa akan datang. Dalam pada itu, anak yang dilahirkan hasil dari hubungan itu akan ditentukan oleh mahkamah sama ada ia hasil zina atau syubahat.

BUNGA MAWAR.

Sappho, seorang penyair Romawi menggelarkan bunga mawar sebagai “Ratu segala jenis bunga” kerana ianya dianggap sebagai lambang kesucian dan keimanan. Shakespeare seorang pujangga Inggeris memuja bunga mawar yang dianggap melambangkan keperkasaan. Kuntuman mawar dengan daun dan tangkai batangnya yang berduri melambangkan kegagahan yang menyatu dengan keindahan dan keharuman.



Persembahan mawar merah kepada gadis pujaan hati bererti isyarat pernyataan cinta si pemuda. Untuk menentukan jawapan si gadis, ianya dapat dinilai dengan bunga mawar yang dibalas olehnya. Kalau si gadis membalas dengan mawar kuning, bererti ia belum menentukan pilihan, kalau membalas dengan mawar tanpa bunga bererti cinta si pemuda ditolak dan kalau dibalas dengan bunga mawar yang berwarna merah ini bererti yang si gadis juga turut menyintai pemuda tersebut. Mawar dianggap sebagai lambang keremajaan, cinta, kasih dan keindahan. Mawar juga digalakkan ditanam di halaman rumah kerana ia dipercayai dapat membawa rezeki kepada pemilik.

Mawar yang paling banyak ditanam adalah mawar teh (tea rose) dari spesies Rosa indica fragran hybrids, famili Rosaceae.

Gunung berapi Mayon



PANCUTAN kepulan abu serta gegaran kecil berlaku pada gunung berapi Mayon, di Bandar Legazpi, selatan Manila, Filipina, hari ini. Pihak berkuasa memperingatkan potensi berbahaya letusan di Gunung Mayon boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.



LAHAR gunung berapi Mayon mengalir perlahan di provinsi Albay di tenggara Manila semalam ketika lebih 47,000 penduduk berhampiran meninggalkan kediaman masing-masing selepas pakar meramalkan letusan besar akan berlaku pada bila-bila masa saja.

anda mungkin juga meminati


Get this widget here

Klik pada older post

untuk ke muka sebelah