Alahai..!! Puteri Nur Athirah



Baru-baru ini kami sekeluarga pergi ke majlis pertunangan adik aku (Maisarah Noor) di Kulim. Selepas selesai majlis bertunang kami sekeluarga mohon diri untuk pulang. Puteri Nur Athirah meminta izin untuk tidur sehari dirumah ayah aku. Kami sekeluarga keberatan kerana anak aku Puteri Nur Athiqah telah ke Seremban. Rasa rindu pada Athiqah masih terasa. Kami terpaksa akur dengan permintaan Athirah kerana dia berkata "Athiqah boleh tinggal dengan nenek sampai buka sekolah, tak kan kakak tak boleh kot". Kami terkedu dengan apa dia utarakan. Nak tak nak kami terpaksa membenarkannya bermalam di Kulim.
Pada keesokkan harinya sangkaan kami meleset, Athirah tak mahu pulang kerana nak ikut ayah aku ke rumah emaknya di Seremban pada 17/12/2008. Katanya dia nak jemput Athiqah balik ke Baling pada 27/12/2008. Yang menjadi lucunya dia menyuruh bapa saudaranya Muaz Noor) supaya mengambil pakaiannya sebab dia nak ke Seremban juga.
Kami cuba menelefonnya tetapi dia tetap berdegil nak ikut atuknya. So tinggal lah kami 3 beranak. Terasa sunyi tanpa mereka...

anda mungkin juga meminati


Get this widget here

Klik pada older post

untuk ke muka sebelah