Peguam Syarie Menulis: Semua negeri patut warta fatwa merokok haram

Hanya Kedah, Selangor iktiraf muzakarah ulama 1995 anggap perokok pesalah syariah

MULAI 1 Januari lalu, kerajaan menetapkan harga minimum bagi rokok, iaitu RM6.40 bagi 20 batang, atau RM0.32 sen bagi setiap batang rokok, apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang diwartakan.

Langkah itu disambut baik kerana dapat menghindari golongan muda terutama pelajar membeli rokok. Sesetengah berpendapat, harga rokok perlu dinaikkan lebih tinggi bagi membendung aktiviti merokok dikalangan masyarakat.

Merokok adalah proses memasukkan bahan beracun ke dalam tubuh secara sukarela oleh perokok. Tidak kurang daripada 3,800 jenis racun disedut ke dalam tubuh ketika seseorang itu menghisap sebatang merokok. Pada masa sama, tidak kurang juga yang mengeluh, sudah pastinya si perokok.

Isu mengenai bahaya rokok ini bukanlah satu perkara baru. Beberapa fatwa dikeluarkan sebelum ini oleh ulama Islam antarabangsa seperti oleh Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar), Syeikh Ahmad as-Sunhawy al-Bahuty al-Anjalaby, Syeikh Al-Malakiyah Ibrahim al-Qaani dari Mesir, An-Najm al-Gazy al-Amiry as-Syafi'i dari Syria, dan ulama Makkah Abdul Malik al-Ashami, dan juga fatwa Dr Yusuf al-Qardhawi.

Merokok haram hukumnya berdasarkan makna daripada zahir ayat Al-Qur'an dan As-Sunnah serta iktibar (logik) yang benar. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud, "Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." Merokok termasuk perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.

Sabda Baginda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith sahih melarang membazirkan harta kepada hal tidak bermanfaat. Membeli rokok bukan saja memperuntukkan harta pada hal yang tidak bermanfaat, bahkan boleh membawa kemudaratan. Dalam hadith riwayat Ibnu Majah, Baginda SAW bersabda yang bermaksud "Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.".

Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 157 yang bermaksud, "Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran)." Rokok dan bau mulut perokok mengganggu orang lain, termasuk pada jemaah solat.

Sejak 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKBHEAI) Kali Ke-37 memutuskan bahawa tabiat merokok adalah haram menurut pandangan Islam.

Akta, enakmen dan Ordinan Pentadbiran Undang-Undang Islam negeri-negeri memperuntukkan kenyataan Mufti tidak boleh dikatakan sebagai fatwa dan tidak akan menjadi undang-undang mengikat (binding) melainkan jika ia dikeluarkan melalui prosedur ditetapkan enakmen dan seterusnya disiarkan di dalam warta.

Penguatkuasaan fatwa adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri kerana pentadbiran undang-undang Islam terletak di bawah negeri. Di samping itu, tidak ada mana-mana negeri boleh dipaksa menerima fatwa yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan.

Perlanggaran terhadap fatwa yang diwartakan pemerintah negeri adalah kesalahan menurut undang-undang Jenayah Syariah. Semua negeri memperuntukkan hukuman kepada orang Islam yang melanggar fatwa, meskipun wujud perbezaan dari segi jumlah hukuman.

Pada 1997, tiga gadis Islam yang memasuki pertandingan Ratu Cantik di Petaling Jaya Selangor, didakwa atas kesalahan melanggar fatwa negeri Selangor yang menya takan adalah haram bagi wanita Islam menyertai sebarang jenis pertandingan Ratu Cantik (Pendakwa Syarie lwn. Fahyu Hanim Ahmad dll. (2000) JS 8(1),137).

Tahun lalu, lelaki yang mendakwa dirinya Rasul Melayu, Kahar Ahmad didakwa kerana menghina pihak berkuasa agama, menurut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang menyebutkan, "Mana-mana orang bertindak dengan cara menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan :- (a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda sebagai Ketua agama Islam ; (b) Majlis (c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya."

Di Kedah, seseorang yang melanggar Perintah DYMM Tuanku Sultan boleh dikenakan tindakan menurut Seksyen 32, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 yang memperuntukkan bahawa "(1) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan boleh, sebagai Ketua Agama Negeri, mengeluarkan apa-apa perintah, dari semasa ke semasa, berkaitan dengan perkara khusus yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak: Dengan syarat bahawa perintah itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh ditetapkan oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta. (2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah di sub-seksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya."

Selangor sudah mewartakan fatwa pengharaman rokok pada tahun yang sama fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 dikeluarkan. Kedah turut mewartakannya pada tahun berikutnya. Maka orang yang menghisap rokok di negeri Selangor dan Kedah adalah pelaku jenayah Syariah yang boleh didakwa di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah kerana menghina pihak berkuasa agama, serupa dakwaan terhadap tiga peserta pertandingan ratu cantik dan Kahar Ahmad.

Sejak keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan MKBHEAI dikeluarkan pada 1995, hanya negeri Selangor dan Kedah mewartakan fatwa berkenaan. Apa sudah jadi dengan negeri-negeri lain? Adakah negeri lain tidak mengiktiraf fatwa peringkat kebangsaan yang dikeluarkan itu?

Jika ya, apakah fungsi dan peranan sebenar MKBHEAI yang ditubuhkan ketika Sidang Majlis Raja-Raja pada 1 Julai 1969 untuk memberi nasihat dan syor kepada Majlis Raja-Raja, kerajaan negeri atau Majlis Agama Islam Negeri atas apa-apa perkara berkenaan dengan perundangan, pentadbiran Agama Islam dan pelajaran Agama Islam, dengan tujuan mewujudkan penyelarasan yang berkesan dan seragam antara negeri-negeri dalam pentadbiran hal ehwal orang Islam di negara ini tercapai. Di manakah integriti dan kewibawaan majlis di peringkat kebangsaan ini?

Fatwa rokok yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sejak 15 tahun lalu itu perlu segera diwartakan oleh setiap kerajaan negeri jika pihak kerajaan benar-benar serius untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

Kita tidak dapat menerima alasan pihak yang melengahkan tindakan mewartakan fatwa ini di peringkat kerajaan negeri, setelah lebih sedekad fatwa peringkat kebangsaan itu dikeluarkan. Kelengahan berterusan jika terus dibiarkan, boleh memberi gambaran buruk kepada imej Islam.

Sombong kerana Ilmu

Pada suatu hari seorang ilmuwan memasuki suatu negeri. Lalu ia berkata kepada penduduk negeri itu, "Aku siap menjawab pertanyaan kamu yang tersulit sekalipun."

Kebetulan di antara penduduk yang tengah berkumpul itu hadir Al Imam Abu Hanifah Ra. Dia berkata kepada ilmuwan itu, "Aku akan bertanya kepadamu satu pertanyaan saja."

sang ilmuwan menjawab, "Apa itu, silakan."

Maka Abu Hanifah bertanya, " Semut yang berbicara tentang Nabi Sulaiman, apakah semut jantan atau semut betina?"

Ilmuwan itu terdiam, tidak boleh menjawab. Katanya, " Allahu a'lam"

Abu Hanifah Ra menjelaskan, " Ia adalah seekor semut betina."

Sang ilmuwan mengenyitkan kening, tidak puas dengan jawapan Abu Hanifah. Maka dia bertanya, " mana buktinya?"

Abu Hanifah menjelaskan lebih lanjut, " Bukankah Al Quran telah menyatakan: "Wa qalat namlatun", dengan menggunakan "ta'ut ta'nits"

Kemudian Abu Hanifah berkata lagi, "sebenarnya aku memajukan pertanyaan kepadamu bukannya untuk mengujimu, akan tetapi aku ingin mengingatkanmu agar jangan sombong dengan ilmu yang kau miliki!".

Ujian sebagai penghapus dosa

Allah telah menjadikan musibah sebagai tangga untuk naik ke makam yang lebih tinggi, sekaligus menghapuskan dosa-dosa orang yang beriman dan sebagai sebab untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.

Ada beberapa hadith Nabi yang menyeru umat Islam supaya tahan berhadapan dengan musibah yang paling buruk, kerana balasannya nanti di akhirat adalah pahala yang besar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan penyakit, kedukaan,
kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri
yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya."
(HR.Bukhari)

"Sesiapa yang dikhendaki Allah memperolehi kebaikan mesti terlebih dahulu
mengalami musibah."
(HR.Bukhari)

"Musibah-musibah yang berterusan menimpa orang miskin, samada menimpa dirinya
atau anaknya dan hartanya, hinggalah pada akhirnya ketika ia bertemu dangan
Allah tidak ada lagi dosanya."
(HR.Tirmizi)

Rasulullah SAW pernah ditanya: Siapakah orang yang paling hebat menerima musibah? Baginda menjawab :"Para Nabi, lalu orang-orang yang ketaatannya mendekati para Nabi dan demikianlah seterusnya. Ujian yang diterima seseorang sesuai dengan tingkat imannya. Jika imannya kuat, maka ujian yang diterimanya pula sukar, jika imannya lemah, maka ujian yang menimpannya sesuai dengan kelemahan imannya itu. Ujian demi ujian terus akan menimpa diri orang yang beriman, hinggalah segala dosanya diampuni. Sebab walau bagaimanapun hebatnya keimanan seseorang, pasti mereka ada melakukan dosa walaupun dosa kecil."

Mengenai pahala yang akan diterima oleh orang-orang yang sabar ketika ditimpa musibah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman:"Jika Aku menguji hambaKU (membutakan)
kedua-dua matanya, lalu ia bersabar maka Aku akan menggantikan baginya dengan
Syurga"
(HR.Bukhari)

Bagi para ibu yang kematian anaknya Rasulullah SAW telah menjelaskan pahala
yang akan diterimanya melalui sabdanya yang bermaksud:

"Seorang ibu yang kematian tiga anak akan terdinding dari api neraka (kerana
kematian ketiga-tiga anaknya). Maka seorang wanita bertanya: Kalau kematian
dua anak bagaimana ya Rasulullah, kerana aku telah ditinggal mati dua anakku.
Rasulullah SAW menjawab: "Dua anakpun sama."
(HR.Bukhari)

Orang-orang yang sabar dalam menimpa musibah telah dijanjikan Allah SWT akan mendapat pahala yang besar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

" Dan sesungguhnya Kami pasti mencuba kamu dengan rasa takut, lapar,
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan bergembiralah orang-orang yang
sabar, yakni orang-orang yang jika mengalami musibah, mereka berkata,
sesungguhnya kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya. Mereka itulah
orang-orang yang beroleh keberkatan dan rahmat Tuhannya dan diberi petunjuk."
(Al-Baqarah:155-157)

Terdapat tiga berita gembira yang ditunjukkan Allah kepada orang-orang yang sabar itu : Beroleh ampunan dari Allah, beroleh rahmat dari Allah dan dimasukkan ke dalam golongan orang yang beroleh petunjuk (hidayah).

Di dalam Al-quran Allah SWT telah mengajar kita supaya mengucapkan kalimat" Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un" ketika mengalami musibah. Disunatkan mengucapkan kalimat terebut setiap kali ditimpa musibah, dari yang paling besar hingga musibah terkecil, seperti terpijak duri dan sebagainya.

Dalam ujian yang sama sebuah hadith Rasulullah SAW telah menjelaskan yang bermaksud :

"Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah lalu membaca ayat yang
diperintahkan Allah SWT Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un, Allahumma
ajirni fi mushibati wakhluf li khairan minha" (Sesunggunhnya Kami milik
Allah dan akan kembali kepadaNya ya Allah berilah pahala atas musibah ini
dan tukarlah dengan yang lebih baik daripadanya), melainkan Allah SWT
memberikan pahala dan menukar dengan yang lebih baik baginya."
(HR.Muslim)

Bacaan tersebut mengandungi penawar bagi apa juga bentuk musibah jika diamalkan dan dihayati sepenuh jiwa, kerana di dalamnya terkandung pengakuan yang penting terhadap dua hal:

1. Pengakuan bahawa diri sendiri, anak, suami, isteri, dan seluruh harta
adalah milik Allah SWT. Seseorang tidak memiliki semuanya itu melainkan
atas dasar amanah yang diberikan kepadanya oleh Allah SWT. Sebagaimana
ungkapan hukamak:'keluarga serta harta adalah amanah, setiap amanah mesti
dipulangkan kepada pemiliknya."

2. Akhir semua manusia adalah kepada Allah SWT samada cepat atau lambat,
yang pasti manusia diciptakan ia tidak mempunyai apa-apa, tiada keluarga
dan harta. Maka seperti itu jugalah kelak ketika manusia bertemu dengan
Tuhannya. Jika ada yang mendampinginya, maka itu adalah amalnya ketika
di dunia. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya kamu datang menemui Kami bersendirian sebagaimana Kami
ciptakan kamu juga sendiri-sendiri dan kurnia yang Kami berikan itu
akan tinggal di dunia."
(Al-An'am:94)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Terdapat tiga perkara yang ikut bersama si mati, lalu dua daripadanya
akan kembali dan yang tinggal hanya satu. Keluarganya,
hartanya,amalnya, maka keluarga dan harta akan kembali dan yang tinggal
ialah amalnya."

Gerhana bulan separa



TURUTAN rakaman pergerakan bulan ketika gerhana bulan separa dengan pemandangan Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, awal pagi semalam. Fasa gerhana bulan separa boleh dilihat 1.17 pagi ketika fasa penumbra, iaitu bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah sehingga keluar daripada bayangan umbra bumi pada 5.28 pagi. Fenomena ini turut dapat disaksikan di seluruh Asia dan Afrika serta dianggap unik berikutan berlaku pada sambutan Tahun Baru 2010

Serina Redzuawan & Salahuddin Ghaffar




PASANGAN pengantin 1 Januari 2010, Serina Redzuan (kiri) dan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, melangsungkan pernikahan di Masjid Wilayah Persekutuan, semalam. (Gambar bawah) Chef Wan sebak selepas anaknya sah dinikahkan.

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Serina Redzuawan, 26, sah bergelar isteri kepada Pengarah Eksekutif Football Focus Sdn Bhd, Gavin O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahuddin Ghaffar, 33, setelah dinikahkan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Serina, yang berwalikan bapanya Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Na'zafudin Mohd Nadzir pada jam 11.29 pagi dengan disaksikan kaum keluarga dan rakan-rakan artis.

Serina, yang anggun mengenakan busana putih rekaan Jovian Mandagie pada majlis akad nikahnya itu, kelihatan ceria selepas Mohd Na''zafudin mengesahkan ikatan perkahwinannya dengan Salahuddin, yang berasal dari England.

Kemudian, Chef Wan membaca kenyataannya kepada Salahuddin sebelum menyerahkan Serina kepada menantunya itu.

Ini disusuli dengan Salahuddin menyerahkan mas kahwin RM1,000 serta wang hantaran sebelum menyarung cincin ke jari Serina semasa upacara membatal air sembahyang.

Selepas itu, kedua-dua pengantin saling bertukar hantaran dengan Salahuddin memberi wang hantaran RM30,000 serta tujuh dulang hantaran termasuk alat solek, sepersalinan baju, senaskhah al-Quran dan kek.

Pengantin perempuan membalas dengan sembilan hantaran termasuk senaskhah al-Quran, kemeja, jam tangan, tali pinggang serta set minyak wangi.

Serina, yang popular dengan drama siri kepolisan Akademi Polis dan Roda-Roda KL, ketika ditemui selepas majlis itu meluahkan rasa gembiranya serta mengakui perlu melalui fasa baru dalam kehidupan berumah tangga yang memerlukan komitmen tinggi.

"Saya mempunyai tanggungjawab yang berat memandangkan suami saya seorang mualaf, maka saya perlu membimbing suami, saya perlu memberi contoh yang baik kepadanya dan Insya-Allah saya akan cuba buat yang terbaik demi kebahagiaan kami," katanya.

Sementara itu, Chef Wan ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur kerana dapat menyempurnakan majlis pernikahan anaknya.

Chef Wan berkata semasa membaca kenyataan kepada menantunya itu, beliau tidak dapat menahan perasaan sedih dan menangis kerana terkenang pelbagai peristiwa lama.

"Saya terkenang kembali saat saya melalui proses perceraian, Serina yang masih kecil ketika itu, perlu mencari nafkah untuk membesarkan anak-anak, kisah percintaan Serina dengan pelakon allahyarham Hani Mohsin suatu ketika dulu dan saya turut bersyukur kerana saya dapat kahwinkan anak dan melihat sendiri pernikahannya, " katanya.

Sebagai seorang bapa, katanya beliau mendoakan kebahagiaan rumah tangga anak gadisnya itu akan berkekalan dan sempat memesan kepada Serina supaya menghormati suami.

Menurut Chef Wan beliau juga begitu teliti dalam persiapan majlis perkahwinan Serina memandangkan perkahwinan anaknya itu merupakan promosi kebudayaan kepada negara kerana ia bakal disiarkan di seluruh dunia menerusi saluran Asian Food Channel (Astro-Saluran 703) pada Februari ini.

Beliau berkata AFC akan menayangkan selama dua jam di saluran mereka untuk mempromosikan Malaysia dan adat budaya perkahwinan Melayu menerusi perkahwinan Serina dan Salahuddin.

Majlis merisik dan bertunang pasangan itu diadakan semalam di Hotel The Royal Chulan diikuti majlis berinai kecil pada sebelah malamnya di Hotel JW Marriot.

Majlis berinai besar akan diadakan malam ini di Restoran Neon, Jalan Sultan Ismail di sini dan diikuti majlis persandingan malam esok.

anda mungkin juga meminati


Get this widget here

Klik pada older post

untuk ke muka sebelah