Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)

Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb 2001
- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 thn
- 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup

Sebab :

- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekat
- 23% garam berlebihan

1. BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN
KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN

Normal Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn
Normal Tinggi
130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup
Hipertensi Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup
Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan
Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu
Peringkat 4
210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

GEJALA-GEJALA YG BIASA

1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab

TANDA AMARAN KRONIK

Serangan Iskemia Sementara (TIA)
* "Strok kecil" yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak.
* Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar.
* Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi.
* Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%.
* Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik.

2. JENIS STROK ASAS

'Strok trombik' (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. 'Strok Berdarah'
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.

AMALAN DIET

1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI

1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...
3. Kekacang, soya, dal dan dll...
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...)
7. Cara masakan rebus, kukus, pamggang, sekali kala goreng.

UBAH GAYA HIDUP

* Pil perancang
* Rokok
* Alkohol
* Ketegangan (Stress)
* Amalkan Senaman

Senyum Menawan

Senyuman menawan memang menjadi idaman setiap invidu. Untuk memiliki senyuman sebegini, faktor paling utama pastilah penjagaan gigi. Gigi yang tidak sihat atau bermasalah, pasti boleh mencacatkan penampilan. Bayangkan, kalau gigi hadapan anda sudah berwarna coklat kehitaman dan jarang, pasti anda tidak mahu dilihat tersenyum bukan. Lebih teruk lagi, keyakinan diri turut terjejas.

Jadi, untuk memastikan senyuman anda sentiada menawan, amalkanlah penjagaan gigi yang tepat. Memberus gigi setiap kali selepas makan memang penting, tetapi menggosok gigi di malam hari iaitu sebelum masuk tidur adalah wajib. Tiada kompromi. Sisa-sisa makanan yang tidak dibersihkan lama-kelamaan akan bertukar kepada plak.

Selain itu, ia juga akan menyebabkan masalah mulut berbau. Ini kerana di permukaan gigi sama ada ketika makan atau tidak akan selalu terbentuk ‘biofilm thin’ yang menyerupai selaput tipis yang menjadi media pertumbuhan bakteria. Selaput inilah yang bertukar kepada plak apabila bakterianya sudah mencapai jumlah tertentu.

Plak gigi ini pula akan sentiasa terbentuk dari waktu ke waktu dan ia terbahagi kepada dua iaitu plak ‘baik’ dan plak ‘jahat’. Plak yang terbentuk tidak lama selepas kita makan dikategorikan sebagai plak yang tidak membahayakan (plak baik) dan mudah dibersihkan apabila gigi diberus. Tetapi, jika plak ‘baik’ tidak dibersihkan dengan segera (dalam tempoh lapan jam), maka ia akan segera berubah menjadi plak ‘jahat’ yang sangat membahayakan kesihatan gigi.

Diet gigi sihat

1. Elakkan makanan bergula

Hindari daripada mengambil banyak makanan dan minuman yang bergula bagi mengelak risiko gigi menjadi reput. Lebih bagus jika anda hadkan pengambilannya ketika waktu makan yang utama sahaja ataupun sekali sehari. Adalah lebih baik mengambil jus buah-buahan tanpa gula daripada mengambil minuman yang ditambah dengan gula. Jika anda masih ingin menikmati kopi atau teh, gunakan pemanis tiruan sebagai perasa. Elakkan juga makanan yang bersifat melekit atau terlalu lembut sehingga mudah melekat pada celahan gigi. Ini kerana ia akan meningkatkan proses pembiakan bakteria.

2. Makan pelbagai jenis buah dan sayuran

Bahan semulajadi yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayuran terbukti dapat memberikan pengaruh yang efektif untuk membersihkan gigi. Mengunyah epal misalnya adalah cara terbaik untuk membersihkan gigi dan mendapatkan gigi yang sihat. Sungguhpun epal mengandungi gula buah yang semulajadi, namun banyaknya pengeluaran air liur membantu mengelakkan kerosakkan gigi berlaku. Antara buah-buahan dan sayuran yang boleh dijadikan pilihan ialah oren, tomato, nenas tembikai, timun, lobak merah, seleri dan brokoli.

3. Makan produk tenusu

Makanan yang berasaskan tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt rendah lemak, dan keju rendah lemak juga makanan yang baik untuk kesihatan gigi. Ini kerana produk-produk ini kaya dengan kalsium dan fosforus yang sangat baik untuk memelihara kesihatan gigi. Selain itu, kandungan vitamin D yang terdapat dalam susu membantu penyerapan kalsium untuk gigi dan tulang.

4. Berus gigi dengan tepat

Walaupun pemilihan makanan yang tepat boleh membantu mengekalkan kesihatan gigi, tetapi memberus gigi adalah cara terbaik untuk menjamin kesihatan gigi. Memberus gigi dengan cara yang salah boleh menjejaskan kesihatan gigi.
Terdapat beberapa cara memberus gigi yang sering dipaktikkan. Pertama, gerakan vertikal, di mana gigi diberus dari atas ke bawah. Kedua, gerakan horizontal iaitu gigi diberus dari depan ke belakang. Satu lagi cara yang digunakan ialah gerakan berputar.

Daripada ketiga-tiga cara berikut, gerakan berputar merupakan cara memberus gigi yang paling disarankan. Selain sederhana dan efisien, gerakan itu juga boleh menjangkau semua bahagian mulut serta boleh menghasilkan urutan lembut pada gusi. Lakukan proses ini secara perlahan-lahan agar gusi tidak tercedera.

Tip agar gigi sihat

1. Jangan malas memberus gigi. Minimum dua kali sehari. Untuk hasil yang terbaik, gunakan berus gigi elektrik.

2. Lakukan ‘flossing’ dan rajin-rajinlah berkumur agar mulut bebas daripada bakteria. Selain itu, ‘flossing’ dan berkumur dapat menghilangkan kotoran di celah-celah gigi yang tidak terjangkau oleh berus gigi.

3. Kurangkan pengambilan kopi dan berhenti merokok. Nikotin yang melekat pada gigi menjadi ancaman berbahaya bagi kesihatan gigi kerana ia merupakan hidangan lazat kepada bakteria mulut yang menghasilkan asid penyebab gigi berlubang.

4. Bersihkan gigi dengan strawberi. Caranya cukup mudah, hancurkan strawberi dan sapukan pada seluruh permukaan gigi dengan menggunakan jari. Biarkan selama satu hingga dua minit, kemudian gosok gigi secara menyeluruh sehingga bersih.

5. Minum menggunakan straw. Jika ingin minum kopi, teh atau minuman berkarbonat, pastikan anda menggunakan straw. Ini kerana, warna minuman tersebut boleh melekat pada gigi sehingga lama-kelamaan gigi boleh bertukar kekuningan.

6. Lakukan pemeriksaan gigi secara rutin iaitu setiap enam bulan sekali.

Apa itu H1N1?

Mungkinkah istilahnya yang asing, influenza A (H1N1), atau kes kematian yang jarang didengar dalam kalangan mereka yang positif, menyebabkan masih ramai rakyat Malaysia tidak begitu pedulli dengan ancaman selesema ini.

Berdasarkan laporan berita, penyakit "baru dan berjangkit" ini sudah berada di sekitar kita dan setakat 30 Jun, terdapat 158 kes H1N1 yang di negara ini.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat 30 Jun, terdapat 71,076 kes H1N1 yang dilaporkan di 116 negara dengan jumlah kematian 311.

Malangnya sesetengah masyarakat Malaysia masih belum bersedia untuk mengambil langkah berjaga-jaga di sebalik peringatan harian yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan serta pelbagai langkah pencegahan yang dilaksanakan.

"Saya tak tahu apa itu Influenza A (H1N1)," jawapan daripada seorang pendengar radio, mungkin dianggap kes terpencil, orang yang sengaja tidak mahu ambil tahu kisah di sekelilingnya.

Bagaimanapun, bila hospital meletakkan kain rentang dan poster mengingatkan pelawat jangan bawa kanak-kanak ke wad melawat pesakit, ramai yang dilihat tidak menghiraukannya.

Mungkinkan sikap tidak begitu peduli ini selagi penyakit itu tidak mengenai keluarga sendiri?.

Jururawat Rohaiyah Majeed berkata: "Masih ada ibu bapa yang membawa anak kecil mereka melawat saudara-mara atau kenalan yang sakit di hospital.
"Sememangnya larangan membawa kanak-kanak bawah 12 tahun masuk ke dalam wad adalah peraturan tetap di hospital, apatah lagi dengan masalah selesema babi sekarang yang mudah berjangkit.

"Kadang kala seolah berlaku satu karnival di mana anak-anak kecil kelihatan berlari ke sana-sini membuat bising," katanya.

Lebih teruk lagi jika orang dewasa sendiri bila bersin dan batuk, tidak menutup mulut dan hidung mereka dengan sapu tangan atau tisu, walaupun di hospital.

MASIH ADA YANG TIDAK TAHU

Seorang pengamal perubatan swasta Dr K. Mathew berkata: "Ini menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu tentang Influenza A (H1N1), apatah lagi tentang bahaya penyakit ini", kata beliau.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, H1N1 ialah penyakit respiratori (pernafasan) yang disebabkan virus jenis Influenza A yang biasanya merebak pada babi.

Biasanya virus H1N1 tidak menyerang manusia tapi jangkitan manusia kepada manusia sedang hebat berlaku ketika ini, sama seperti jangkitan selesema biasa yang bermusim.
Virus baru ini mula diketahui menjangkiti manusia di Amerika Syarikat pada April 2009 dan semakin banyak negara melaporkan kes selesema ini.

Tanda dan gejala Influenza A H1N1 sama dengan selesema biasa dan ini termasuk demam yang tinggi dengan suhu lebih daripada 37.7 darjah Celsius, batuk, sakit tekak, sakit otot, menggigil, keletihan, cirit-birit dan muntah.

Pada bulan Jun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertingkat amaran tahap pandemik selesema ini kepada enam, satu aras yang tertinggi.

Ini ialah pandemik pertama di dunia sejak tahun 1968. Pada 11 Jun 2009, WHO mengesahkan virus H1N1 sememangnya pada tahap pandemik, di mana 30,000 kes disahkan berlaku di seluruh dunia.

JAHIL?

Istilah H1N1 yang asing ini juga berkemungkinan antara faktor orang ramai keliru dan merasakan ancamannya juga jauh daripada mereka.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengesyorkan istilah selesema babi digunakan bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya selesema ini dan mesej mengenainya dapat disampaikan dengan lebih tepat.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata di Parlimen, istilah Influenza A (H1N1) patut dikekalkan sebagai merujuk kepada ancaman penyakit ini untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Sementara itu di Putrajaya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 14 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan di negara ini, menjadikan jumlah kes sebanyak 158.

Dr Mohd Ismail berkata jumlah pesakit selesema H1N1 yang masih dirawat di hospital pada masa ini berjumlah 47 orang dan kesemua mereka menunjukkan respons yang baik kepada rawatan tanpa sebarang komplikasi.

Seramai 111 kes Influenza A (H1N1) telah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital, dan setakat ini tiada kematian dilaporkan, katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya pergi segera ke hospital jika mengalami batuk, sakit tekak, selesema dan demam tinggi.

Pastikan jika ke hospital, guna laluan khas untuk bertemu doktor, dan jika sudah dikuarantin, pastikan semua arahan dipatuhi untuk kesihatan diri dan kesejahteraan semua.

-- Dipetik dari BERNAMA

Tip Agar Bateri Laptop / Notebook Tahan Lama

Agar laptop / notebook Anda tetap berfungsi dengan baik dan benar sehingga aktivitI sehari-hari berjalan dengan lancar, tips-tips merawat bateri laptop agar tahan lama sebagai berikut dapat dipraktikkan:

1. Jangan sekali-kali menggunakan bateri dan charger laptop yang tidak sesuai.
Untuk meyakinkan kesesuaian bateri ataupun charger yang digunakan, hubungi customer service dari pembuat laptop yang bersangkutan.

2. Hindari kebiasaan menggunakan laptop di pangkuan paha, di atas karpet, mahupun di atas karpet kerana permukaan yang lembut seperti itu akan menghalang aliran udara di bagian bawah notebook dan dapat menimbulkan overheating. Hal ini terjadi kerana peredaran udara tidak berjalan dengan sempurna.

3. Hindari hentakan dan himpitan serta jangan meletakkan beban berat di atas laptop.
Hal tersebut akan mengakibatkan litar elektrik di dalam bateri menjadi rosak dan terjadi litar pintas yang kemudian mengakibatkan overheating.

4. Hindari pula kedudukan bateri yang longgar.

5. Tidak meletakkan laptop di sebarang tempat, terutama di tempat yang terkena langsung pancaran matahari seperti di tepi tingkap atau dalam kereta.

6. Tidak menumpahkan cecair di atas laptop kerana biar pun akan kering dan berfungsi normal kembali, namun litar di dalam laptop ataupun bateri akan berkarat .

Rahsia Kejayaan

Dalam kita berusaha utk keluar dpd masalah kewangan kita, kita perlu juga tahu rahsia kepada kejayaan.

Banyak yang diperkatakan tentang kejayaan dan cara memilikinya, namun kita lupa tentang dasarnya atau natijahnya kenapa sesuatu kejayaan itu harus dicapai. Memandangkan zaman semakin maju, persaingan semakin sengit maka mengecapi kejayaan itu adalah sesuatu yang mutlak yang harus dan patut anda mencapainya. Malah kehidupan ini akan lebih indah dan manis jika turut disusuli dengan kejayaan demi kejayaan sebagai motivasi serta alasan untuk terus hidup.

1. Mesti Rasa Ingin Berjaya

Kejayaan akan mendatang jika anda menginginkannya terlalu sangat. Jika didorong oleh rasa yang kut untuk berjaya atau mencapai kejayaan diri,anda menjadi umpama magnet yang kuat yang akan menarik segala bentuk kejayaan atau jalannya ke arah anda. Percayalah jika kuat hasrat,keinginan serta kemahuan anda terhadap kejayaan maka akan datanglah segala bentuk bantuan, jalan, lorong atau peluang untuk anda seolah-olah semua itu mengerti akan kemahuan anda. Rasa ingin berjaya itu penting supaya minda bawah sedar anda faham dan jelas tentang apa yang anda mahukan.

Tanamkan rasa yang betul-betul kuat seolah-olah anda sudah tidak punya pilihan lain selain daripada berjaya. Berikan alasan-alasan yang kukuh dan positif kepada diri anda tentang kenapa anda harus berjaya dan kenapa anda tidak boleh gagal. Seelok-eloknya jangan wujudkan istilah gagal ini di dalam hidup dan minda anda. Tidak salah jika anda ingin merasa taasub atau menjadi fanatik terhadap kejayaan itu. Percayalah tatkala anda mengumpul fokus dan perasaan itu, sebenarnya anda sedang menghantar polar-polar energi di dalam bentuk rantaian kelapangan ether. Tenaga-tenaga ini wujud di atas kepercayaan, keyakinan dan kesungguhan anda dan disokong oleh rasa, keinginan dan sebab yang kuat, maka wujudlah tenaga itu. Rantaian tenaga itu tidak akan putus selagi anda tidak berubah fikiran, rasa atau kepercayaan. Punca ramai orang tidak menemukan kejayaan adalah kerana hilang fokus di pertengahan jalan
akibat bebal, putus asa, kecewa, marah, malas, tidak sabar dan lain-lain lagi.

Sikap-sikap negatif inilah yang sebenarnya bergantung tentang apa yang anda rasa dan bukannya apa yang anda buat kerana jika difikirkan apa yang anda buat pun sebenarnya terbit dari apa yang anda rasa.

2. Selarikan Minda dan Rasa

Minda akan menerima isyarat rasa lalu menganalisis dan mengakses maklumat untuk diterjemahkan kepada perbuatan. Di sinilah selalunya pengaliran tenaga itu tidak lancar kerana minda tidak positif, tidak terbuka malah dibelenggu dengan kepercayaan karut yang telah anda programkan sebelum ini. Selariknminda dan rasa anda. Jika rasa untuk berjaya itu begitu kuat, maka minda juga harus menerima yang kejayaan itu begitu mudah untuk dicapai. Minda harus dihalakan ke arah yang sangat positif. Minda harus dibuka dengan luas tanpa sekatan. Ingat! Minda anda umpama payung terjun yang akan hanya berfungsi jika dibuka.

Ciri-ciri orang yang berjaya adalah di kalangan mereka yang mempunyai minda yang positif dan terbuka. Jika ditutup minda itu bererti anda menutup segala ruang peluang potensi diri malah rezeki kadangkala anda tidak menyangka hanya kerana anda mengambil sikap yang positif, ia telah menemukan anda dengan peluang dan orang yang anda cari-cari selama ini. Bersikap positif bererti berbaik sangka terhadap diri sendiri dan orang lain. Maka bersikap dan berfikiran positif mulai hari ini. Ia akan mengubah segalanya! Percayalah.

3. Jiwa dan Peribadi Mulia

Kayakan Jiwa dan Peribadi Mulia Hiasi diri dan peribadi anda dengan sifat-sifat yang positif dan terpuji. Sifat-sifat ini penting bagi membersihkan diri, jiwa dan minda. Inilah caranya yang paling efektif di dalam membentuk personaliti unggul kerana menyemai kejayaan sebenarnya memerlukan jiwa yang bersih dan kaya dengan peribadi mulia serta nilai-nilai murni. Kesemuanya mempunyai elemen-elemen positif yang akan menjadi pemangkin kejayaan anda. Kayakan jiwa anda dengan mendidik diri anda ke arah cara hidup yang positif dan sihat kerana kejayaan sebenarnya memerlukan jiwa yang bersih dan lapang kerana jiwa anda tidak boleh diganggu keresahan, ketakutan, kebimbangan, dengki, khianat, curiga dan lain-lain lagi. Tenangkan jiwa dan menyusur memburu kejayaan. Pasti kejayaan milik anda.

4. Jangan Takutkan Kegagalan

Mungkin inilah juga punca utama kenapa seseorang itu tidak berjaya kerana terlalu takutkan kegagalan. Ini ditambah lagi dengan budaya masyarakat kita yang "takut apa orang kata". Maka kita tidak akan berani mencuba sesuatu kerana takut akan risikonya. Jika dikaji semula di sini, apakah risikony, sebenarnya tidak ada pun. Cuma kita "takut apa orang kata!" Kuatkan dalaman anda dan berpegang pada hakikat bahawa anda tidak boleh menggembirakan semua orang dan tidak boleh mengawal mulut orang.

Baik atau buruk yang anda lakukan, manusia akan terus bercakap. Anda harus fokus kepada diri anda sendiri dan tanyakan soalan; "Haruskah aku mendengar cakap orang lain atau diriku?" Ingat semua akan janji pada diri anda, wawasan dan matlamat anda. Usah pedulikan suara-suara sumbang itu. Lihat pada mereka dan berkatalah bahawa anda tidak akan jadi seperti mereka.

5. Anda Terlalu Istimewa

Perasaan ini penting untuk membuatkan diri anda mempunyai nilai yang tinggi dan hebat. Selalulah berkata-kata dan berdialog dengan diri anda seperti "I'm great" atau "I'm the best". Percayalah saranan-saranan begini, anda akan merangsang diri anda supaya lebih berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang tinggi. Untuk membina kekutan dalaman, anda harus menyayangi dan menyanjungi diri sewajarnya.
Jangan asyik memuji orang hinggakan terlupa diri sendiri. Itulah sebabnya anda tidak mencapai kejayaan kerana diri anda sendiri merajuk dan tidak pernah dirangsang. Insan-insan yang berjaya adalah di kalangan mereka yang menurut kata hati sendiri, tahu apa yang dikehendaki dan sentiasa merasakan dirinya terlalu istimewa dan berharga.

anda mungkin juga meminati


Get this widget here

Klik pada older post

untuk ke muka sebelah