
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mencuba mesin wuduk automatik yang hasilkan AACE Technologies Sdn Bhd, selepas majlis pelancaran produk itu di Impiana Hotel, semalam. Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies, Anthony Gomez berkata, pihaknya menyasarkan menjual 5,000 unit tahun ini dengan harga kira-kira RM10,200 hingga RM13,650 selain bakal menembusi pasaran antarabangsa.