Sekuntum Bunga Di Pinggir Halaman

Tumbuhmu di pinggir halaman
membesar tanpa baja
tanpa belaian seorang tukang kebun yang bijaksana
Sesekali... perit, luka, kering, digigit mentari
Adakalanya dingin didakap titis hujan
yang nakal menerjah

Menjadi juga kau sepohon bunga
Namun, pudar pada warna dan calar pada rupa
Mekar kelopakmu seakan malu
Canggung pada tingkah laku
janggal pada pandangan mata

Harummu sekuntum bunga terbiar
segarnya direnggut rerumput liar
tenggelam dalam kewangian bebunga asing
bertuahnya... bunga yang tumbuh subur mekar
sempurna pada wajah, dibentuk cantik tersohor
mungkin bertuah juga sekuntum bunga plastik
walau kaku, tanpa rasa tanpa jiwa
jadi tumpuan, jadi pilihan

Sedangkan kau... sekuntum bunga liar
mekar terbiar, terpinggir di hujung laman

Saat mentari jatuh di ufuk barat
sering kau tanyakan pada diri
sempatkah kau tampilkan kekuatan diri
dalam kedamaian, dalam ketenangan
sebelum kelopak mu gugur helai demi helai
akur pada hukum alam kembali pada yang Hak!

Bapa Mertua pergi dan pulang dari Umrah




Gambar bapa mertua pergi menunaikan Umrah


Gambar bapa mertua pulang menunaikan Umrah

Awasi Kod Haram Untuk Pengguna Islam

Firman Allah yang bermaksud: Wahai sekelian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesunguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168)

Sejak akhir-akhir ini, begitu banyak e-mel dan mesej yang kita terima mengenai kod-kod makanan yang haram untuk pengguna Islam. Kod-kod yang didakwa mengandungi unsur dari babi ini juga terdapat dalam produk kosmetik yang sering digunakan oleh wanita.

E-mel yang menyenaraikan banyak kod E ini tersebar luas di kalangan pengguna internet sehingga menimbulkan kemusykilan terhadap banyak pihak tentang penggunaan barangan terhadap produk yang mengandungi kod tersebut.

Justeru MW cuba merungkai isu ‘kod babi’ yang telah disebarkan. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai prosedur halal serta mengetahui sejauh mana kebenaran kod babi yang tersebar luas di internet, Mingguan Wanita menemu bual Pengurus Besar Jabatan Pensijilan, Halal Industry Development Corporation (HDC) Sdn Bhd, Zainal Abidin Jaffar.

Menurut Zainal, pengeluaran Sijil Pengesahan Halal tertakluk kepada pematuhan terhadap Malaysian Standard (MS) 1500 : 2004 Makanan Halal- Pengeluaran, Pengendalian dan Penyimpanan, Garis Panduan Umum (Semakan Pertama) dan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

“Terdapat tiga jenis kategori pengesahan halal iaitu produk makanan dan barang gunaan Islam, premis makanan dan rumah sembelih. Prosedur untuk mendapatkan sijil halal sangat ketat memandangkan pihak HDC memegang amanah besar dalam agama iaitu memastikan kesemua produk atau premis benar-benar mematuhi syarat halal yang ditetapkan.

“Lantaran itu, orang ramai tidak perlu raguragu menggunakan produk yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia kerana ia disahkan mematuhi segala peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan,”ujarnya. Diminta mengulas mengenai kod makanan dan produk yang mengandungi babi, Zainal mengatakan ramai orang yang keliru dengan penggunaan perkataan E. Ada pihak mengatakan kesemua kandungan yang bermula dengan perkataan E mempunyai unsur babi sedangkan perkara ini tidak benar sama sekali.

“Perkataan E sebenarnya merujuk kepada Persatuan Negara Eropah (EU). Ia adalah kod untuk campuran makanan yang selalunya digunakan oleh Persatuan Negara Eropah. Walaupun begitu, pihak HDC sentiasa membuat ujian makmal mengenai produk-produk yang terdapat di pasaran.

“Tidak dinafikan ada produk yang mengandungi babi. Hasil ujian yang dilakukan, pihak kami meminta umat Islam berhati-hati terhadap produk makanan yang menggunakan kod E 471 hingga E 495.

“Kandungan makanan dalam kod-kod ini mengandungi bahan berasas tumbuhtumbuhan dan binatang yang kemungkinan besar adalah dari babi. Sejak dahulu lagi, babi digunakan secara meluas kerana kos yang murah, setiap anggota tubuh binatang ini mempunyai kegunaan tersendiri dan produk ini dikeluarkan oleh pihak mereka.

“Namun kini, sudah ramai saintis yang menemui bahan alternatif selain menggunakan babi. Contohnya jika dulu gelatin hanya berasaskan babi tetapi hari ini ramai yang mula menggunakan gelatin berasas tumbuhan dan lembu. “Tiada perkara yang mustahil, kerana itu, saya menyeru agar saintis muslim di luar sana agar lebih banyak membuat kajian mencari bahan alternatif bagi menggantikan penggunaan babi dalam penghasilan sesuatu produk,” kata Zainal.

Kebimbangan berasas

Dalam pada itu Zainal juga menasihati orang ramai agar rasional dan perlu mempunyai kebimbangan yang berasas. Katanya, kebanyakan produk dalam dan luar negara pada hari ini peka dengan sensitiviti umat Islam dan mereka menggunakan bahan alternatif lain yang selamat digunakan umat Islam dan memenuhi syarat halal.

“Pun begitu, saya menyeru orang ramai memilih produk yang menggunakan sijil dan logo Halal yang dikeluarkan oleh HDD dan JAKIM (sebelum ini). Ini kerana segala kandungan produk yang diiktiraf sijil dan logo Halal oleh Malaysia disahkan halal dan selamat digunakan.

La ilaha illallah, Alhamdulillah & Subhanallah

TAHLIL adalah pengucapan kalimah 'La ilaha illallah', tahmid pula mengucap kalimah 'Alhamdulillah' dan tasbih ialah mengucap 'Subhanallah'.

Pengucapan kalimah terakhir itu bertujuan menunjukkan rasa takjub terhadap sesuatu, manakala Alhamdulillah pula bagi menunjukkan syukur. Kalimah pertama 'La ilaha illallah' dilafazkan bagi menunjukkan ketauhidan atau keesaan Allah SWT. Subhanallah yang bererti Maha Suci Allah pula lafaz doa dan zikir yang mempunyai banyak manfaat antaranya berat timbangan kebaikan walaupun ia hanya satu lafaz mudah seperti dinyatakan dalam hadis.

PERINGKAT-PERINGKAT ISTERI

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

PERBETULKAN KIBLAT KHAMIS INI

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA

KEBAJIKAN AKAN MENGHAPUSKAN KEBURUKAN

.... sesungguhnya kebajikan akan menghapuskan keburukan... (Hud:114)

· Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan!
· Berilah orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda!
· Tolonglah orang yang dianiaya!
· Berilah makan orang yang kelaparan!
· Berilah minum orang yang kehausan!
· Jenguk orang yang sakit!
· Hantarlah jenazah!
· Layanilah dengan baik orang yang ditimpa musibah!
· Pimpinlah orang yang buta!
· Berilah petunjuk orang yang bingung!
· Muliakanlah tetamu!
· Berbuat baiklah kepada tetangga!
· Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda!
· Bahagikanlah makanan anda yang anda miliki kepada orang lain!
· Sedekahkanlah wang anda!
· Berbicaralah dengan kata-kata yang baik!
· Elakkanlah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain, sebab hal itu sedekah bagi anda.

Doa ketika terjadi penyakit menular




Sila sebarkan..

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU

Artikel yang diterima ini sangat menarik malangnya saya kehilangan penulis asalnya.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . :?

Takziah...!!!


Pelakon filem dan drama, Shukery Hashim, 55 meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras, kira-kira jam 1 tengah hari tadi (10 Jun 2009). Shukery dimasukkan ke HUKM pada 4 Mei lalu untuk menjalani rawatan lanjut selepas pembedahan barah pankreas selama enam jam di Hospital Selayang pada 24 April lalu. - HMetro

Inalillah,takziah kepada keluarga arwah. Hari ini hari beliau esok lusa mungkin kita pula dijemput pulang...Alfatihah buat Arwah Shukery Hashim

Anak sape la nie...


Gambar lama dan 31 tahun simpan...

Budak pun pandai pakai tudung. Inikan pulak orang tua...



Inilah video yang paling aku suka. Firdaus 3 tahun dan Athiqah 5 tahun. Seronok tengok dia orang pakai tudung. Yang si Kakak pun mengalahkan ibunya melaram. Siap tajamkan hujung tudung lagi. Ishh.. teringat masa aku kanak2 dulu. Adakah macam nie..?

RENUNG-RENUNGKANLAH

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Hari Paling Stress...HAAhh...!!!

Hari ini 15 April 2009. Aku Stress sangat arini. Konon nak tukar Blog Templates. Dah 3 hari aku mengodek benda nie. Tapi hampeh..!!Blog tah kemana, templates tah kemana. Dah lah ilang bahagian tepi blog aku satu hal. Aku cuba minta tolong Cikgu Ramzi, Saiful n Rizal. Tapi masalahnya templates yang aku nak download tu "rosak" plak. Nak cari templates lain rasa dah malas. Mungkin sama jawapannya "ROSAK". Tapi yang positifnya aku dah dapat ilmu baru dari mereka walaupun Templates baru aku tak nampak batang idung lagi. Thanks you all. Jasamu tetap ku kenang. Last-last tah camne, aku klik kat mana tah..templates asal aku dah muncul semula. Hah!!! lega, tak perlu lagi aku operate bahagian tepi blog aku tu. Apapun aku seronok dalam tension sebab cabaran yang aku dapat nie boleh membuatkan aku menitiskan air mata dan sekaligus aku boleh meningkatkan pemahaman secara praktikal dalam membina Blog sendiri. Terima kasih pada sesiapa yang membantu. Rasa dah serik dah. Aku rasa, nak pakai templates lama je. Templates lama apa kurangnya. Cantik jugak. Itulah barang lama jangan dibuang. Last-last kutip balik. Hee..Hee..

Selamat Ulang Tahun Sayang...!!!





Selamat Ulang Tahun yang ke 32 buat suamiku.. Abdul Fattah. Maaflah ibu dan anak-anak buat kejutan buat ayah. Saje lama dah tak buat perangai macam tu. Tentu terkejut beruk kan? Kek tu ibu beli dengan ikah dan balut hadiah dengan anak. Anak-anak beri hadiah sorang satu. Tapi yang ibu tentu special dari anak-anak. Apapun "Selamat Hari Jadi Sayang !!!"

Kursus Presentation Tools - INTENGAH


Kumpulan kami....Kumpulan G-2

Penyampain Sijil Kehadiran

Video Muhammad Danish Zairin

Muhammad Danish Zairin


Comel tak anak buah saya. Lahir pada 20/12/2008. Tarikh lahir sama dengan nenek dia(mak saya. Besar nanti jangan nakal-nakal dengan cakap ayah n ibu. Jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. AMIN !!!

Selamat bertunang Maisarah Noor bt Misran




Kak Long sekeluarga ucapkan Selamat bertunang. Jangan gaduh-gaduh n jangan nakal-nakal.

Salam Sayang buat Kak Ija, Parathi and Kengkawan


Sudah 3 tahun aku meninggalkan SJK (C) Khe Beng. Apalah pekembangan terkini di sana kan? Walaupun jauh tetapi dekat di mata ini. Apa Khabar korang kat sana? Terasa rindu nak menjengok korang. Tapi apakan daya masa dan jarak menghalang kita.
Buat Kak Ija. Bagaimana tak ada penambahan baby ke? Kenangan dan budi Kak Ija senantiasa terpahat dalam hati ini. Teringat lagi sewaktu Atie rasa nak bersalin. Kak Ija nekad hantar Atie ke Bus Stop di Shah Alam untuk pulang ke Seremban. Naik motor pulak tu. Last-last malam tu kena masuk wad dan besoknya Atie bersalin anak lelaki. Kalau lambat silap-silap bersalin kat Khe Beng. Kecekalan Kak Ija meninggalkan anak dan suami di Ipoh menguatkan semangat Atie untuk berulang alik kerja dari Seremban-Klang.
Buat Parathi. Walaupun kita berlain agama, budaya. Kau tetap menghargai dan menghormati aku. Setiap kali hari Depavali kau senantiasa menjemput kami sepejabat ke rumah kau. Kekadang kau belanja kami makan. Kekadang kau tumpangkan kami kemana sahaja kami nak pergi. Kau mengambil berat sewaktu aku mengandung dulu.
Buat Khairol, Based, Ina dan kengkawan lain jangan lupa kat orang di sini.

Kenangan Wati n Kak Liza


Terkenag kengkawan dekat SJK (C) Khe Beng dulu. Apa khabar korang kat sana. Bukan aku lupa kat korang tapi kekangan masa yang buat perhubungan kita terbatas kan? Setiap masa bersama korang membuatkan aku terhibur. Kadang-kadang kepenatan berulang-alik dari tempat kerja ke rumah (Seremban-Klang) terasa kurang.
Buat Wati, terima kasih sebab kadang-kadang kau tumpangkan aku naik kereta kau masa pergi atau balik kerja. Aku tak dapat balas jasa baik kau tapi aku kekadang akan tumpangkan orang pulak naik kereta aku. Walaupu tak dapat balas jasa baik kau tapi aku bantu orang lain sebagaimana kau membantu aku dulu. Kau pernah kata pada aku sewaktu aku susah dulu " Anak kecil memang susah nak jaga masa ni. Tapi masa akan datang dia kan membantu kita pulak" Akuingat sampai sekarang.
Buat Kak Liza. Kenapa tak balas sms atie? Apapun Atie angap Kak Liza macam Kakak sendiri. Akak selalu cover kami terutama sewaktu saya pulang atau datang kerja lewat sikit. Jasamu tetap ku kenang. Akak juga banyak beri nasihat pada Atie. Ingat lagi sewaktu Atie telefon akak dan beritahu Atie dah mengandung. Akak punyalah memikir macam mana Atie nak bawa perut sebab perjalanan ke kerja dari Klang ke Seremban jauh Padahal Atie tak kisah apapun.

Bercuti di Cameron Highlands



BABY WARDINA



KEMBAR OBAMA;ILHAM ANAS


Di dalam dunia terdapat 7 muka yang sama,pernahkan anda melihat wajah yang sama dengan muka anda?Sudah tentu tidak kerana amat susah untuk mencari 7 daripada bermilion penduduk didunia ini.Tetapi Ilham Anas, lelaki kelahiran Bandung pada 25 Januari 1974, Indonesia yang mirip dengan presiden terpilih us Barack Obama, kini menjadi kaya raya. Dia kini menjadi model iklan oleh produk farmasi asal Filipina!

Dengan serta merta gambar dia tersebar di internet dengan meluas,malah Ilham Anas telah menjadi lebih terkenal daripada Siti Nurhaliza dan

anda mungkin juga meminati


Get this widget here

Klik pada older post

untuk ke muka sebelah