Surah al-Falaq dan an-Nas elak sihir

Sakit adalah sifat manusia, baginda juga mengalami luka yang banyak dalam peperangan Badar dan banyak lagi yang baginda lalui ummat ini, lebih-lebih lagi di awal perkembangan nur Islam.

Maksum berasal dari bahasa arab, juga telah dimelayukan. Dalam bahasa arab ia membawa makna terpelihara dari melakukan dosa kecil mahupun dosa besar serta kesalahan-kesalahan yang boleh mencemar keperibadian seseorang.

Maksumnya Rasulullah SAW bererti: baginda terpelihara dari melakukan sesuatu perbuatan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta apa-apa kesalahan yang boleh mencemar keperibadian baginda.

Mengikut kamus Dewan maksum bermaksud: “terpelihara atau bebas dari dosa, tidak tercela, tidak berdosa”. (Kamus Dewan Edisi Keempat, DBP, hlm: 985).

Mengikut takrifan al-Jurjani al-‘ismah maksud bermaksud: “Kemampuan menjauhi perbuatan maksiat sedang dia mampu melakukannya”. (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, hlm: 195)

Di dalam kebanyakan kitab-kitab akidah ahlu sunnah wal jamaah para ulama berpendapat bahawa baginda Rasulullah SAW terpelihara daripada dosa besar dan dosa kecil serta apa-apa kelakuan yang boleh mencacatkan keperibadian baginda.

Menurut Sheikh Ja’far Subhani bahawa Nabi yang maksum mampu melakukan kemaksiatan dan dosa, sesuai dengan kemampuan dan kemerdekaan yang ada pada baginda tetapi kerana baginda telah mencapai peringkat takwa yang tinggi, ilmu yang qatie terhadap akibat dosa dan kemaksiatan serta kerana pengaruh timbulnya perasaan mengagungkan Khaliqnya.

Dengan demikian ia terpelihara dari perbuatan itu, dan ia tidak melakukan perbuatan walaupun dengan kemampuan dan kekuasaannya sendiri.

Adapun persoalan mengenai Baginda SAW terkena sihir tidak mencacatkan keterpeliharaan Baginda, juga tidak mencacatkan ‘ismah Baginda sebagai seorang rasul.

Perkara ini banyak dibincangkan oleh ulama. Ada di antara mereka yang tidak menyetujui baginda terkena sihir. Antaranya ialah Abu Bakr al-Asham, pengarang al-Ta’wilat.

Pak Hamka juga tidak setuju dengan pendapat yang mengatakan baginda terkena sihir kerana beberapa sebab berikut, pertamanya; seolah-olah merendahkan martabat nubuwwah (kenabian). Keduanya; menimbulkan keraguan dalam syariat yang ketiganya; sihir itu pada hakikatnya tidak ada.

Ada juga yang berhujah bagi menolak baginda disihir kerana martabat hadis ini Ahad. Antaranya ialah Al-Qasimi di dalam Mahasinul ta’wil, Sayyid Qutub di dalam Fi Zilal al-Quran.

Tujuan mereka menolak adalah kerana tidak mahu baginda Rasulullah SAW dilihat ada tempoh baginda terganggu daripada segi akal.

Ini kerana ketika baginda terkena sihir baginda teragak-agak melakukan sesuatu dan sering bertanya kepada Aisyah r.a mengenai perkara yang baginda kerjakan.

Adapun sebahagian jumhur ulama berpendapat, baginda pernah terkena sihir. Ini kerana mereka tidak berganjak daripada berpegang kepada hadis yang sahih biarpun martabatnya Ahad. Surah al-Falaq adalah bukti baginda pernah terkena sihir.

Dalam riwayat yang dimuatkan oleh Imam Ibn Kathir, daripada Aisyah r.a, pada suatu hari baginda berkata kepada Aisyah: “Hai Aisyah! Aku diberi perasaan bahawa Allah memberi fatwa kepadaku pada perkara yang aku meminta fatwa dari-Nya; maka datanglah dua malaikat yang seorang duduk di sisi kepalaku dan yang seorang lagi duduk di sisi kakiku: “Lelaki ini (Rasulullah SAW) telah disihir! Kawannya bertanya: “Siapa yang menyihirnya?” Malaikat yang duduk di kepala menjawab: “Labid bin ‘Asam”. Kawannya bertanya lagi dengan apa? Malaikat yang di kepala menjawab: “Pada himpunan rambut dan sikat yang patah dan penutup kepala lelaki (kain serban), dihimpit dengan batu di dalam perigi Dzu Auran. Dalam sesetengah riwayat baginda sendiri masuk ke dalam perigi itu dan mengeluarkannya”.

Dalam riwayat yang lain baginda meminta beberapa orang sahabat agar mengeluarkannya. Dalam riwayat Ibn Abbas, bahawa Rasulullah SAW menyuruh Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwam serta Ammar bin Yasir memeriksa sumur tersebut.

Setelah dibuang airnya dan menyelam ke dalam mereka dapati menang benar terdapat bungkusan kain yang terkandung di dalamnya gumpalan rambut dan sikat baginda berserta sepotong kayu yang terikat tali padanya dengan sebelas ikatan dan pada setiap ikatan ada tusukan jarum. Kemudian turunlah surah ini yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad); Aku berlindung kepada (Allah) dari cuaca subuh. Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. “Daripada bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. “Dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk. “Dan daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya. (al-Falaq: 1-5 ).

Sebanyak 11 simpulan itu terungkai setelah malaikat mengajar baginda membaca dua surah al-Falaq mengandungi lima ayat dan surah al-Nas mengandungi enam ayat.

Selesai membaca kedua-dua surah ini baginda terasa lega dan lapang kembali. Sehingga hari ini dalam ilmu perubatan Islam kedua surah ini menjadi senjata bagi menyembuhkan gangguan sihir.

Manusia di hisab di akhirat

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Wahai manusia! apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-Nya, ia menyusun kejadianmu. (al-Infitar: 1-8)

Mukadimah

Surah al-Infitar termasuk dalam kategori Surah Makkiah, ia berjumlah 19 ayat dan diturunkan selepas surah al-Nazi'at. Persamaan surah ini dengan surah al-Takwir.

Firman Allah SWT: Apabila langit terbelah. Al-Maraghi berkata: Ketika langit terbelah dan susunan planet-planetnya berubah, maka tidak ada lagi bintang yang beredar pada orbitnya sebagaimana yang kita lihat sekarang.

Firman Allah SWT: Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan.

Syed Qutb berkata: Andainya bintang-bintang itu gugur dan terlepas daripada ikatan peraturan yang selama ini mengikat dan memelihara perjalanannya, sebagaimana yang akan berlaku pada hari kiamat yang menamatkan ajalnya, maka ia akan hancur lebur di angkasa raya sebagaimana hancurnya atom yang terlepas daripada ikatannya.

Firman Allah SWT: Dan apabila lautan pecah bercampur-baur. Ibn Abbas r.a berkata: Allah SWT menghamburkan air di lautan ke atas sebahagian yang lainnya.

Firman Allah SWT: Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. Ibn Abbas r.a berkata: Iaitu dikeluarkan dan al-Suddi berkata: Perkuburan itu bertaburan dan bergerak sehingga keluarlah orang yang ada di dalamnya.

Firman Allah SWT: (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Al-Maraghi berkata: Ayat ini mendorong agar melakukan ketaatan dan meninggalkan perbuatan dosa.

Firman Allah SWT: Wahai manusia! apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?

Syed Qutub berkata: Inilah kecaman secara langsung dari Allah SWT. Dia memanggil manusia, lalu berdiri di depan-Nya sebagai seorang yang cuai, berdosa, terpedaya, tidak menghargai kebesaran Allah SWT dan tidak beradab sopan terhadap-Nya.

Kemudian Allah SWT mengingatkan nikmat-Nya yang agung, kemudian mengingatkan kecuaian manusia, kebiadapannya dan kekeliruan dan keterpedayaannya.

Firman Allah SWT: Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya.

Al-Maraghi berkata: Allah SWT menyebut zat-Nya dengan karim (pemurah), bukan qahhar (pemaksa), sebab sifat pemurah itu tidak layak menjadikan manusia membiarkan dirinya digoda oleh syaitan.

Sebagai contoh pernyataan: Kerjalah semahumu kerana Tuhanmu Maha Pemurah. Dia telah bermurah hati kepadamu di dunia dan akan berbuat begitu di akhirat.

Namun, maksud yang tepat untuk pengertian ini adalah untuk menyatakan kesungguhan dalam menerima cahaya keimanan dan ketaatan para hamba-Nya.

Firman Allah SWT: Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-Nya, ia menyusun kejadianmu.

Ikrimah berkata: Jika berkehendak, Dia akan menciptakan dalam bentuk kera, dan jika mahu Dia akan menciptakan dalam bentuk babi.

Penutup

Dalam penutup ini suka dinyatakan sedikit pendapat Syed Qutub berkenaan dengan manusia, antara lain katanya: Katakanlah segala apa yang ditanggap itu sampai ke otak melalui alat-alat saraf yang seni itu, tetapi di manakah hendak disimpankan semua hasil tanggapan itu?

Andainya otak itu sebagai tali pita rakaman nescaya manusia memerlukan selama umur hidupnya, purata 60 tahun kepada ribuan juta meter pita tersebut untuk merakam sekian banyak gambaran, kata-kata, makna perasaan dan kesan-kesannya untuk diingatkan kembali setelah melalui masa puluhan tahun.

Kemudian bagaimana otak itu menyusun di antara kata-kata, makna, peristiwa dan gambaran yang tunggal untuk menjadikannya satu budaya yang terkumpul.

Seterusnya meningkatkannya daripada maklumat kepada ilmu seterusnya tanggapan kepada kefahaman dan pengalaman kepada pengetahuan.

Inilah salah satu ciri manusia yang membezakannya daripada makhluk yang lain. Yang lebih daripada ciri ini adalah roh yang dikurniakan Allah SWT, iaitu roh manusia khusus untuknya yang menghubungkan dengan keindahan alam oleh Pencipta-Nya.

Itulah roh yang memberikan kepada manusia detik yang gemilang menghubungkan dengan zat yang mutlak tidak terbatas setelah berhubung dengan pancaran keindahan alam ini.

Begitulah roh yang tidak diketahui oleh manusia. Itulah roh yang memberi nikmat kesukaan dan kebahagiaan yang tinggi walaupun ia berada di bumi dan menghubungkannya dengan alam al-Malaul a'la dan menyediakannya untuk hidup di dalam syurga yang kekal abadi.

Henti kekejaman Israel

Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia mengecam kekejaman dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau serta biadap tentera rejim Zionis Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu kerana menyerang konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei tanpa alasan di perairan antarabangsa.

Perdana Menteri, berkata serangan tidak berperikemanusiaan itu melanggar norma perundangan antarabangsa dan tata kelakuan bertamadun kerana ketika serangan, kapal Mavi Marmara berada di kedudukan 65 kilometer dari pesisiran pantai Gaza.
Beliau berkata, tiada sebarang alasan untuk tentera Israel bertindak sedemikian terhadap misi yang merentas kepercayaan agama, sempadan bangsa dan fahaman politik.
"Jika perbuatan sama dilakukan negara lain, tentunya negara berkenaan akan dikenakan pelbagai tindakan tegas oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ini membuktikan sikap berat sebelah Majlis Keselamatan PBB dalam melaksanakan amanah.

Malaysia juga mendesak Amerika Syarikat untuk tampil, tanpa sebarang dolak dalik menunaikan tanggungjawab moral dalam memastikan rejim itu mematuhi tata kelakuan negara bangsa yang bertamadun kerana selagi sokongan Amerika Syarikat kepada rejim Zionis bersifat menyeluruh bukannya bersyarat kepada pematu-han nilai kemanusiaan yang universal, selagi itulah keangkuhan rejim ini tidak akan ada kesudahannya," katanya ketika membentangkan usul mengutuk serangan tentera Israel, pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Perdana Menteri berkata, kezaliman rejim Zionis akan berterusan, malah Israel akan bersikap angkuh, ghairah dan bermaharajalela melakukan keganasan tanpa had dan batasan hingga rakyat Palestin terbelenggu jika masyarakat dunia terus berpeluk tubuh, membisu dan berdiam diri.

Beliau berkata, walaupun kecewa atas kegagalan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan keras terhadap rejim Zionis, Malaysia akan tetap berusaha keras memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menderita sejak lebih 60 tahun lalu.
Perjuangan ini tidak akan tamat sehingga sebuah negara Palestin merdeka, berdaulat, kendiri ekonomi dapat dibangunkan. Saya juga menyuarakan komitmen serta pendirian Malaysia ini kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ketika lawatan beliau ke Malaysia," katanya.

Beliau berkata, selaras usaha membawa kes kekejaman tentera Israel ke mahkamah antarabangsa, Malaysia akan mendesak rejim Zionis membayar ganti rugi serta pampasan semua harta benda, makanan, alat binaan dan perubatan, termasuk kapal yang ditawan serta semua barangan persendirian ahli konvoi yang dirampas secara haram.

Israel juga perlu membayar ganti rugi akibat kesan trauma psikologi, mental dan fizikal serta sebarang pampasan yang difikirkan layak oleh mahkamah antarabangsa," katanya.

Perdana Menteri juga menyatakan sokongan terha-dap penubuhan suruhan-
jaya penyiasatan antarabangsa yang bebas, adil dan berkecuali bagi menyiasat insiden itu, termasuk pemilihan bekas Perdana Menteri New Zealand, Sir Geoffrey Palmer mengetuai siasatan itu.

Najib juga berkata, beliau mendengar sendiri pengalaman 12 rakyat Malaysia yang terbabit dalam detik cemas serangan Israel apabila mereka turut didera secara mental ketika dalam tahanan.

Haid tidak teratur boleh hamil




Sebenarnya wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil dengan spontan tanpa bantuan perubatan.

Kebiasaannya, anggapan masalah ketidaksuburan terhadap seseorang wanita itu berlaku apabila dia sudah berkahwin dan melakukan hubungan seksual yang biasa (yakni sekurang-kurangnya empat atau empat kali seminggu tanpa halangan - kondom dan sebagainya) selama setahun tetapi tidak hamil.

Rawatan kesuburan harus dilakukan setelah pasangan menjalankan beberapa siasatan perubatan tertentu iaitu:

* HSA (husband seminal analysis): analisis air mani suami - melihat kualiti dan kuantiti sperma suami secara mikroskopik
* Ujian hormon wanita - FSH (follicle stimulating hormone), LH (luthenising hormone) dan Prolaktin. Keseimbangan hormon FSH:LH menunjukkan sama ada terdapat rangsangan atau tiada ovulasi terhadap ovari. Tahap Prolaktin tinggi menandakan rangsangan daripada kelenjar pituitari yang boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur.
* Ujian hormon progresteron ini akan dirembeskan pada hari ke 21 yang menandakan sama ada wanita telah mengeluarkan telur.
* Adakala dilakukan juga ujian hormon tiroid, MGTT (mod glucose tolerance test) untuk memastikan tiada masalah tiroid atau kencing manis.

Ubat kesuburan tidak harus diberi kepada pesakit tanpa rawatan susulan kerana pada hari kitaran haid ke 10 hingga 12, harus dilihat sama ada kilang ovari terangsang. Pengambilan ubatan jenis 'clomiphene' boleh menyebabkan rangsangan yang terlebih (hyperstimulation) sehingga boleh menyebabkan komplikasi kepada pesakit.

Pengambilan clomiphene tanpa pengawasan dalam jangka masa yang lama juga akan meninggikan risiko barah ovari terhadap pengambilan clomiphene. Oleh itu, dinasihatkan wanita yang baru berumahtangga supaya mencuba secara biasa terlebih dulu untuk hamil. Jika terdapat tanda-tanda awal mengandung seperti mual, muntah, kesakitan pada payu dara, berjumpalah doktor untuk ujian air kencing menentukan hamil (UPT - urine pregnancy test) dan imbasan ultrasound.

Cara menangani rasa lapar



Belajar bagaimana menangani rasa lapar amat penting untuk memastikan berat badan terkawal. Rasa lapar merupakan perkara normal bagi seseorang yang cuba menghadkan pengambilan makanan. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengetahui punca sebenar rasa lapar tersebut sama ada disebabkan faktor psikologi atau fizikal dan mengetahui bagaimana untuk mengatasinya.

Ramai antara kita yang makan ketika lapar. Sungguhpun tidak benar-benar lapar, namun mereka tetap cenderung mengambil makanan mengikut jadual makan yang telah dibiasakan sejak kecil lagi. Makan yang berpunca faktor psikologi merupakan satu lagi penyakit atau tabiat makan berlebihan ketika seseorang bersedih. tertekan malah gembira. Tahukah anda, lapar disebabkan faktor psikologi amat berbahaya kerana ia mempunyai pengaruh dan pembangkit nafsu makan anda!

Cuba fikir kembali, apa yang menyebabkan anda makan secara berlebihan dan bagaimanakah cara menghentikan tabiat tersebut? Apa yang anda harus lakukan demi memastikan perhatian anda tidak hanya terarah pada makanan semata-mata?

Sungguhpun lapar, namun percayalah anda masih mempunyai jalan untuk mengatasinya. Antara langkah yang dapat anda ambil adalah dengan membanyakkan mengambil makanan yang rendah kandungan lemak kerana ia lebih cepat dicerna dan mengundang rasa lapar berbanding makanan yang tinggi kalorinya. Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mengawal supaya makanan yang diambil tidak keterlaluan.

1. Pastikan setiap hidangan harian anda mempunyai kandungan protein dan makanan rendah lemak. Perbanyakan kudapan ringan seperti 'popcorn', kismis atau kekacang sementara menunggu waktu makan sebenar. Makanan sebegini membantu anda berasa kenyang tanpa meningkatkan kadar kalori dalam tubuh secara keterlaluan.

2. Selain itu, anda juga boleh memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya. Kalau boleh, jadikan makanan jenis ini sebagai snek sehari-hari terutamanya anda ketika perut terasa lapar.

3. Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan anda cenderung makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Jadi untuk mengelakkannya, anda dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar. Kebanyakan kita berpendapat golongan wanita cenderung makan berlebihan sekembalinya mereka dan tempat kerja. Nafsu makan akan melonjak tatkala menyediakan makanan buat keluarga, apatah lagi anda sememangnya benar-benar lapar ketika itu. Jadi, sebagai langkah mengawal diri, anda dinasihatkan untuk mengisi perut terlebih dahulu dengan mengambil yogurt rendah lemak atau buah-buahan sebelum pulang ke rumah.


Tip ni juga boleh diamalkan sebelum anda keluar menghadiri kenduri-kendara atau majlis makan mengelakkan anda terpesona dengan deretan makanan lazat yang terhidang di atas meja santapan.

Skala 'The Hunger-Satiety Rating Scale', petikan dari buku Why Weight? A Guide to Ending Compulsive Eating (author: G. Roth, New York, NY: Penguin Books, 1989) mungkin boleh memberi penjelasan tentang tahap kelaparan seseorang.

Kenyang
10 = Kenyang keterlaluan paling maksimum, anda terdedah pada penyakit
9 = Kenyang keterlaluan maksimum, anda perlu longgarkan kancing seluar
8 = Kenyang keterlaluan, rasa sesak dan senak
7 = Sangat kenyang seolah-olah terlebih makan
6= Kenyang, anda rasa selesa

Neutral
5 = Selesa, anda tidak lapar
4 = Rasa lapar mula menunjukkan tanda
3 = Lapar, sedia untuk makan
2 = Sangat lapar anda tidak mampu memberi tumpuan

Lapar
1 = Kebuluran, anda akan rasa pening

Perhatikan skala di atas dan kenali di mana tabiat pemakanan seharian anda. Anda disarankan makan ketika berasa skala 4 iaitu tatkala rasa lapar mula menunjukkan tanda dan berhenti makan di skala bernombor 6. Ingat, jangan menahan lapar atau membiarkan perut menunggu lama. Kudaplah apa-apa sahaja yang kurang kalori atau rendah lemak untuk mengisi perut anda!

Saiful Nizam (TV3) & Aida (Gadis Melayu) Sah Bergelar Suami Isteri



Juara Gadis Melayu musim pertama, Khairul Noormaaidah Zali atau Aida, 25, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, pembaca berita Buletin Utama TV3, Mohd Saiful Nizam Ismail dengan sekali lafaz di rumah keluarga pengantin perempuan di Bandar Country Homes, Rawang, malam semalam.
Mohd Saiful dan Aida dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Zali Ismail, 59 dengan mas kahwin RM6,000 kira-kira jam 9.30 malam.
Akad nikah dilakukan di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Pejabat Jabatan Agama Islam Daerah Gombak Cawangan Kuang, Mohd Nordin Abdullah dengan disaksikan Mohamad Jamil Yeop Majlis dan Mohamad Jamaluddin Yeop Majlis.



Kedua-dua pengantin kelihatan anggun mengenakan busana rona putih sedondon rekaan pereka fesyen terkenal Radzuan Radzwil pada majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu terdiri daripada saudara mara dan kenalan rapat mereka.
Antara personaliti televisyen yang hadir termasuk Datin Norazlina Ridzuan, Norhaizi Mohd Rani, Zainal Arifin Ismail dan Zulhairah Mustafa.



Pada 13 Jun, pasangan itu akan diarak dengan kuda semasa majlis persandingan di rumah pihak lelaki di Changlun, Kedah.
Hari ini, mereka akan disandingkan ala-ala kesultanan Melayu dengan sentuhan perunding perkahwinan Arma Abdul Rahman.
Majlis resepsi mereka itu akan diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Selesai sahaja majlis pernikahan, Saiful terus mengerjakan sujud syukur manakala Aida yang menanti di pelamin kelihatan menitiskan air mata kerana akhirnya cinta yang disemi berakhir di jinjang pelamin.



Sejurus selepas itu, Saiful menyarungkan cincin perkahwinan di jari manis Aida. Majlis diteruskan dengan acara tepung tawar oleh kedua-dua keluarga pengantin baru.
Pada malam pernikahan itu, Aida menerima tujuh dulang hantaran iaitu, jam tangan, cincin, kasut, beg tangan, kek, sirih junjung, set barang kemas, set solekan jenama SKII dan kasut.
Mohd Saiful pula menerima sembilan dulang iaitu, Tafsir Al-Quran, songket, butang baju Melayu, cincin, kemeja, cermin mata gelap, sirih junjung, kasut, jam tangan dan kek.

Aziz M. Osman kini sah bergelar suami kepada Puteri Lily Lokman



Dengan sekali lafaz, pengarah filem dan drama popular Aziz M. Osman, 48, kini sah bergelar suami kepada Puteri Lily Lokman, 21.
Aziz dinikahkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan yang juga aktivis teater, Lokman Ghani, 52, di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Abdullah Hashim serta ahli keluarga dan kenalan.
Majlis akad nikah diadakan di Masjid Negara, di sini kira-kira pada pukul 10.10 pagi tadi.



Kekosongan hati Aziz selama hampir dua tahun kembali terisi dengan kehadiran Puteri Lily menjadi suri hatinya.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah sejadah, Al-Quran, baju kemeja, tali pinggang, set minyak wangi jenama Bvlgari, coklat, sireh junjung dan sebentuk cincin.
Sementara pihak lelaki membalas tujuh dulang hantaran termasuk Al-Quran, sejadah, telekung, set alat solek, set minyak wangi Bvlgari dan sebentuk cincin.



Sementara perkahwinannya dengan seorang ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22, pada 16 Ogos 2008 dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita berkenaan masih dalam tempoh edah ketika majlis pernikahan dilakukan.
Hasil perkahwinannya yang lalu, Aziz dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nurul Fatehah, 20, Puteri Nur Asyiqin, 15, Putera Mohd Aiman, 13, Puteri Nur Aisya, 9, Puteri Nur Ain, 7 dan Putera Mohd. Ameen, 5.



Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna kelabu rekaan butik De Casa Impiana.
Majlis resepsi Aziz dan Lily akan berlangsung pada malam ini di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay bermula pukul 8 malam ini.
Pernikahan Aziz dan Puteri Lily merupakan perkahwinan yang keempat selepas perkahwinannya terdahulu termasuk dengan aktres dan produser drama, Nur Aliah Lee.

Video Serangan Komando Israel Ke Atas Kapal Mavi Marmara

Nasi lemak menu utk minggu ini!


Posted by ShoZu


Nasi Lemak

1 kg beras (basuh seperti biasa)
RM 2 santan pekat
3 helai daun pandan (koyak dan diikat)
1 inci halia (dhiris)
garam secukup rasa

cara membuat nasi lemak

masukkan kesemua bahan dalam periuk dan tambah air mengikut sukatan beras. Kacau dan masak sehingga nasi masak.

Bahan-bahan untuk sambal

1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
(kisar kesemua bahan)
3 senduk cili kisar (ikut pedas)
1 sudu pes asam jawa (ikut masam)
1/2 cawan air
RM 3 ikan bilis (boleh guna udang,sotong dll)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 sudu kecil gula merah
garam secukup rasa

cara membuat sambal

1. Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis. Goreng selama 2 minit dan angkat.
2. Lebihan minyak tadi masukkan cili kisar dan bawang2 yg telah di kisar. Masak sehingga garing.
3. Masukkan air, gula merah dan pes asam jawa. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan bilis dan bawang yg dihiris bulat.
5. Masukkan perasa dan garam secukupnya. Masak sehingga agak kering.

Hiasan

hirisan timun, telur rebus dan kacang goreng

Mi Kari Santapan minggu ini!


Posted by ShoZu



Bahan untuk Mi

1 bungkus Mi kuning
(Basuh Mi dan rendam Mi bersama air panas dan 1 sudu gula pasir). Rendam 2 minit dan toskan

Bahan kuah kari

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
7-12 ulas cili api
secubit belacan
(kisar kesemua bahan di atas)
2 pes sudu kecil asam jawa
2 peket kecil rempah kari daging
3 sudu kecil kerisik
(gaul asam jawa, rempah dan kerisik bersama sedikit air)
RM 2 santan pekat
1/2 jug air
1 kg kerang (rebus dan ambil isi)
1 bungkus fish ball
3 keping fish cake
(fish ball & cake di basuh dan dihiris)
3 biji cili hijau besar (belah 4 jgn putus)
beberapa biji tomato (potong 4)

cara membuat kuah kari

1. Tumis sedikit bawang sehingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan bawang2 yg telah dikisar. Goreng garing dan naik bau.
3. Masukkan rempah kari yang telah digaul tadi. Masak sehingga garing dan naik bau. Tambah sedikit air dan kacau sehingga garing.
4. Masukkan santan dan air. Kacau sehingga mendidih.
5. Masukkan kerang, fish cake,fish ball, cili besar. Masak sehingga keluar minyak.
6. Masukkan tomato dan bahan perasa. Masak seketika.

Hiasan

telur rebus,taburan bawang goreng dll

Mi Bandung - Menu minggu ini


Posted by ShoZu


Bahan Mi

1 bungkus Mi kuning
(Basuh dan rendam bersama air panas dan 1 sudu gula pasir). Rendam selama 2 minit.

bahan-bahan kuah

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
(kisar kesemua bahan di atas)
3 sudu besar cili kisar (ikut pedas)
2 kiub stok ayam
1 mangkuk air
4 sudu besar sostomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
1 biji telur
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
1/2 kg udang sederhana besar
3 biji tomato (belah 4)
Garam dan perasa secukup rasa

cara membuat kuah

1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumisbahan kisar dan cili kisar hingga garing.
2. Masukkan stok ayam dan tambah air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan pula sos tomato, sos cili, sos tiram dan garam. Biar merenih seketika.
4. Masukkan udang, ayam, kacang tanah tomato dan telur.Masak selama 2 minit.

Hiasan

Tauge celur, hirisan cili merah, limau kasturi dan daun bawang

Jalan2 release tension d Penang





Selamat Ulang Tahun Sayang



Tanggal 14/04/2010 adalah tarikh kelahiranmu. Tarikh yang tersemat dalam kotak ingatanku buat selamanya. Tiada apa yang mampu aku hadiahkan hanya pengorbanan dan kasih sayang yang tulus ikhlas dariku buatmu sayang. Aku menadah tangan berdoa kepada Ilahi. Mohon dipermudahkan jalan bagi kita suami isteri.

Selamat hari lahir....aku doakan kau beroleh kebahgiaan dihari lahirmu...semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan hidupmu...suamiku..

Kenduri Oh Kenduri !!!





Pernikahan Pak Su & Mak Su









Kusangka hujan hingga ke petang rupanya panas di tengah hari

Sering kali kita mendengar hidup umpama putaran roda, sekejap kita di atas dan sekejap lagi di bawah. Begitulah yang terjadi kepada diriku. Dari susah jadi senang, begitulah juga sebaliknya. Tiada satupun yang dapat bertahan. Dari putaran masa yang terus berubah. Betapa indanya dunia ini. Roda-roda kehidupan akan terus berputar.

Sungguh kepayahan itu mengajar aku erti bersyukur walau hanya sedikit nikmat,dan bila ditimpa sedikit musibah…akan terasa payah menempuhi kesukaran. Aku tidak menafikan sifat manusia yang akan berasa sedih, takut dan lemah bila diduga.

Apabila mendapat tahu bahawa sumaiku mendapat kerja sebagai Pembantu Am Pejabat di Putrajaya dan aku di Kedah, bermacam perasaan datang menerjah diri ini. Takut, cemas, gundah gulana dan segala macam perasaan negatif datang menyerang hati. Bukan tidak bersyukur dan redha dengan ketentuan-Nya..cuma..tidak mampu hidup berjauhan dengan suami dan terpaksa memikul bebanan menjaga anak-anak seorang diri. Tak henti diri ini berfikir. Demi masa depan kami sekeluarga dan amanah kerajaan, aku lepaskan dia pergi walaupun diminda ini sarat dengan persoalan yang aku sendiri pun tidak mampu menjawabnya.

Aku terpaksa membiasakan diri, melalui hari-hari tanpa suami di sisi. Akulah ibu dan akulah ayah. Hati harus cekal demi anak-anak. Segala urusan rumahtanggan kini bergantung dibahuku. Mampukah aku?

Aku dikejutkan pula dengan berita bahawa aku diamanahkan oleh Ketua Jabatan ku untuk mengendalikan urusan perakaunan sekolah mentelahan Pembantu Tadbir yang dahulu telah dinaikan pangkat dan tiada siapa yang mahu menguruskannya. Bukan aku tidak suka apa yang diarahkan cuma aku belum bersedia untuk memikul bebanan kewangan. Aku terpaksa belajar dan memberatkan otak ini dengan ilmu kewangan. Itu satu cabaran buatku.

Terlalu banyak masalah yang berserabut di fikiran ini. Aku tak mampu lagi menyimpan air mata ini. Akhirnya gugur jua ia dipipku membawa bersama berat masalah. Air mata membawa kedamaian kepada wanita. Begitulah aku. Aku panjatkan doa semoga aku dikeluarkan dari bebanan masalah dan aku tanamkan fikiran positif bahawa satu masa nanti pasti suamiku akan ditukarkan ke Kedah dan aku mampu membuat tugas-tugas kewangan dengan cekap jika aku redha. Aku juga akan menjadi wanita yang tabah dan mampu mengurus rumahtangga.

Kusangka hujan hingga ke petang rupanya panas di tengah hari....

Setelah 2 minggu sumaiku berada di Putrajaya, dia telah diarahkah berkhidmat di Alor Setar, Kedah. Sungguh bahagia kurasakan. Mentelahan kini aku hampir menguasai 50% perakaunan sekolah dan aku mampu berdikari tanpa suami disisi.

Begitulah kehidupan manusia jika kita redha dan sabar menghadapinya. Kini aku hidup bahagia bersama suami, anak-anak serta kerjaya baruku kini. Sinar kebahagian kami makin bercahaya....

Pernikahan sahabatku Imah





Tangal 15 Februari 2010 bertempat di Kg. padang Kulim, Kedah. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat

anda mungkin juga meminati


Get this widget here

Klik pada older post

untuk ke muka sebelah