Insomnia merupakan ketidakupayaan untuk tidur, atau ketidakupayaan untuk mendapatkan tidur yang secukupnya. Jumlah waktu tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada umurnya. Bayi-bayi dan kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding warga tua. Jumlah tidur yang diperlukan oleh warga tua adalah sekitar 4-5 jam berbanding dengan orang yang lebih muda yang memerlukan 8 jam.
Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini.....
Gejala-gejala
Punca-Punca
Apa yang boleh dilakukan oleh anda
Apa yang boleh dilakukan oleh doktor
Gejala-gejala
* Kesukaran untuk tidur.
* Tidur yang putus-putus atau resah.
* Kerap bangun dari tidur pada waktu malam.
* Bangun pada awal pagi dan kesukaran untuk tidur semula.
* Menjadi letih, mengantuk dan mudah tersinggung pada siang hari.
Punca-punca
* Tekanan dan kerisauan
* Ketidakselesaan persekitaran sekeliling yang tidak sesuai untuk tidur – misalannya, bising dan kotor, sejuk atau panas.
* Persekitaran baru – e.g. Berpindah ke rumah baru.
* Nokturia (kencing pada waktu malam) – biasanya didapati pada warga tua disebabkan oleh penyakit-penyakit seperti penyakit kelenjar prostat atau kelemahan otot-otot pundi kencing.
* Sakit pada penyakit-penyakit tertentu.
* Dicetus oleh ubat, misalannya alkohol dengan cepatnya akan menyebabkan tidur yang
pendek, tetapi terdapat insomnia berbalik.
* Pemberhentian pengambilan ubat-ubat tertentu, seperti agen hipnotik.
Apa yang boleh dilakukan oleh anda
* Menjadikan persekitaran tidur lebih selesa.
* Mengadakan masa yang tertentu untuk tidur.
* Elakkan terlalu banyak perkara yang menguja sebelum tidur.
* Elakkan tidur yang sebentar pada sianghari.
* Elakkan minuman yang beralkohol atau yang berkafein sebelum masuk tidur. Di
sebaliknya, ambil minuman bersusu.
* Senam selalu pada waktu siang 3-5 kali seminggu tetapi elakkan senaman sebelum
masuk tidur.
* Jika anda tidak tidur dalam masa 20 minit, bangun dari katil anda dan duduk di bilik yang lain sehingga anda terasa mengantuk.
* Baca sebuah buku yang membosankan.
* Dengar muzik yang lembut.
* Runding dengan doktor anda, jika masalah ini berterusan untuk banyak hari atau
mengganggu aktiviti harian anda.
* Ambil ubatan seperti agen hipnotik untuk insomnia hanya jika dipreskripsi oleh seorang doktor.
Apa yang boleh dilakukan oleh doktor
* Memeriksa anda dan mengenalpasti punca masalah.
* Memberi rawatan mengikut apa yang dijumpai.
* Pempreskripsi ubat – tablet tidur, jika perlu.
* Merujuk untuk penyiasatan selanjutnya, jika perlu, kepada seorang ahli psikiatri.
Hidup dengan gaya hidup yang sihat dan jangan kehilangan tidur kerana memikirkan ketidakupayana untuk tidur!