Saiful Apek ingin menenangkan diri



Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mStar Online berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.

“Pihak polis akan membuat keputusan selepas siasatan selesai sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak,” katanya.

Semalam, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya selama empat hari dilanjutkan sehari lagi sehingga hari ini.

Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah.

Pada 12 Jun lalu, Saiful dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartmennya di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 10 malam ketika sedang menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia di antara Argentina dan Nigeria.

Apek terkenal dengan lakonannya dalam filem seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).

Dia juga seringkali muncul bersama kumpulan lawak Senario dalam siri komedi Senario di TV3.



Bukan merajuk sebaliknya ingin menenangkan diri membuatkan pelawak dan pelakon popular Saiful Apek hari ini mengambil keputusan mengejut ingin mengundurkan diri daripada bidang seni.

Bagi Apek, ia merupakan langkah terbaik yang perlu diambil buat masa ini.

“Saya dengan berbesar hati mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada bidang seni. Keputusan ini diambil kerana tidak mahu ada pihak di luar sana yang akan bercakap dah kena, maafkan dan akan kena lagi. Saya tahu pelbagai kata-kata akan dilemparkan kepada saya kerana ada yang menganggap artis sebagai ikon namun mereka perlu tahu ikon yang sebenar ialah Rasullah S.A.W,” katanya ketika ditemu bual petang tadi.

Tidak menyesal dengan tindakan tersebut jelas Apek, apa yang dilakukannya bersebab dan kejadian tersebut memberi pengajaran yang amat bermakna buat dirinya.

“Saya mengambil keputusan undur diri bukan kerana kes ini. Tetapi sepanjang ditahan saya melalui pengalaman dan pengajaran yang terlalu sukar untuk saya dapatkan sebelum ini. Lagipun saya dah penat dengan semua ini malah sepanjang ditahan barulah saya kenal siapa yang sayang saya. Keluarga sentiasa di sisi.Tapi masa mereka perlukan saya, saya tiada dan sentiasa sibuk,” lafaznya sambil menangis.

Bertanya sama ada kejadian penangkapan tersebut mungkin telah dirancang oleh mana-mana individu yang ingin menjatuhkannya kata Apek: No komen saya serahkan kepada Tuhan semuanya. Tetapi Allah Maha Kaya segala musibah yang diberikan tentunya untuk menguji,”.

Mengakui makin tenang, Apek memberitahu keputusannya untuk mengundurkan diri bukanlah penamat segala-galanya. Sebaliknya pelakon berusia 41 tahun itu menjelaskan tindakan tersebut ia hanyalah buat seketika.

anda mungkin juga meminati


Get this widget here

Klik pada older post

untuk ke muka sebelah